Rumah Terbuka

Dicatat oleh PakciQue | 11/15/2006 02:05:00 PM | , | 2 Komen »

11 November yang lalu, keluarga aku telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Banyak juadah yang menanti tetamu seperti mee goreng, kuew teow goreng, macarroni goreng, meggi goreng, roti jala dan buah-buahan serta bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut. Tidak ketinggalan air tembikai dan air timun soda sebagai pelengkap makanan. Kalau ikut pada idea asal, ada ayam bbq yang akan memeriahkan malam rumah terbuka. Tapi oleh kerana hujan yang turun tidak henti-henti sehingga pukul 7 malam, maka menu bertukar kepada ayam goreng.

Tetamu yang hadir memang cukup ramai. Kawan-kawan aku saja dah dekat 20 orang. Kawan adik-adik aku lagi entah berapa ramai aku kira. Campur lagi dengan kawan-kawan ayah aku membuatkan kawasan ruang tamu, laman serta jalan raya menjadi sesak dengan orang dan kereta.

Majlis rumah terbuka dah macam majlis sambut menantu. Aku datang bawa awek aku. Adik aku balik dari UM pun dia bawa awek dia.

Tak lengkap majlis ni tanpa persembahan magik dari aku. Audien malam itu adalah kawan-kawan adik aku. 2 persembahan kad, 1 persembahan close-up dan 2 persembahan mental. Dan malam itu, aku telah buat seorang kawan adik aku tak boleh tidur malam sebab memikirkan helah yang aku buat.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Aku tidur pukul 2.30 pagi.

Marhaban

Dalam surat khabar selalu kata masyarakat di kawasan bandar sudah tidak mengamalkan masyarakat berjiran dan bersifat individualistik. Tapi, malam tadi kawasan kejiranan aku menafikan dakwaan itu apabila RT (Rukun Tetangga) mengadakan majlis marhaban. Ha, jangan terkejut. Sebuah kawasan perumahan elit, ada yang kerja doktor, pensyarah, ahli perniagaan, pangkat profesor, pangkat datuk pun boleh ada rukun tetangga.

Magik, kan?!

2 Komen

  1. Anonymous // Thursday, November 16, 2006 10:22:00 PM  

    soklan2 aku utk ko, sila jawab:

    1) nape tak jemput aku? saje jek tau, kalo tak, leh aku pi ngan shita, dila etc..

    2) bila nk ajar aku magik yg baru? nak yg leh terbang2 tau..

    3) erkkkk, kat kejiranan elit ko tu, ada tak doktor yg single n available? pass laa kat aku sorang tau :p

  2. PakciQue // Friday, November 17, 2006 5:49:00 PM  

    yeah...wani dah masuk...

    1) yer ker kalo aku jemput ko boleh nak datang..ala..sori sgt2...masa tue aku xterbayangkan wajah ko...hahaha

    2) magik terbang...xboleh...mahal tue...lagipun susah nak wat...kurang2 kena 3 bulan menuntut tue...

    3) sume dah berkelamin la...kalo ader yg bujang pon...aku la..tp aku bukan doktor...