Hitam

Dicatat oleh PakciQue | 11/24/2006 10:46:00 AM | | 0 Komen »

Ilmu hitam - Amalan syirik yang sesat lagi menyesatkan. Kalau ilmu yang baik-baik biasa dipanggil ilmu putih atau ilmu hijau.

Lembaga hitam - Susuk tubuh yang selalu dikaitkan dengan makhluk halus atau hantu. Lembaga Hasil Dalam Negeri juga adalah lembaga yang ditakuti segelintir orang.

Hati hitam - Dikaitkan dengan seseorang yang jahat dan tidak boleh berubah menjadi orang baik. Tapi secara biologinya, hati manusia memang berwarna hitam.

Budak hitam - Lagu kanak-kanak yang menceritakan tentang 10 orang budak yang nakal.

Kambing hitam - Seseorang yang memberi pinjam namanya kepada seseorang yang lain terlibat dalam aktiviti yang kurang mulia.

Senarai hitam - Biasanya dikaitkan dengan membuat pinjaman di bank-bank.

Kucing hitam - Jangan bagi kucing ni langkah mayat. Nanti mayat hidup.

Secara umumnya, hitam adalah warna yang gelap, tidak memantulkan cahaya dan selalu dikaitkan dengan sesuatu yang negatif.

Kalau kau orang pernah menonton persembahan magik di pentas atau di tv, hampir semua ahli magik akan memakai tuksedo atau sut yang berwarna hitam. Ada dua teori yang boleh aku huraikan.
  1. Ada kalangan ahli magik yang cuba menjadi psiko. Mereka cuba memberi gambaran kepada audien bahawa mereka mengguna ilmu hitam dalam persembahan mereka, bukan trik atau helah. Mereka ingin kelihatan seperti seorang manusia yang memiliki kehidupan yang gelap dan mengamalkan sesuatu yang terlarang. Hakikatnya, ia adalah salah satu elemen psikologi di dalam persembahan magik.
  2. Dengan warna hitam, ahli magik dapat menyembunyikan prop atau alatan mereka. Dapat mengurangkan kadar kelihatan gimik yang digunakan dalam persembahan mereka.
Selain sut atau tuksedo yang berwarna hitam, pentas persembahan juga adalah berwarna hitam. Warna hitam adalah warna yang sesuai untuk menggambarkan sesuatu yang luas dan tiada sempadan.

Selain pakaian ahli magik dan set yang berwarna hitam, pakaian pembantu mereka pula adalah sebaliknya. Berwarna terang, berwarna-warni, kepingan-kepingan manik yang akan memantul-mantulkan cahaya. Tujuannya, mengalihkan perhatian audien dari ahli magik kepada para pembantunya.

Warna ini blog

Blog aku pun menggunakan warna hitam sebagai warna latar. Aku pun tak berapa faham dengan situasi ini. Adakah blog aku ni menceritakan sesuatu yang negatif sahaja?

Tambah

Kalau kau orang tau apa-apa lagi yang dikaitankan dengan warna hitam, bolehlah tambahkan di ruangan komen.

Update (18.08.2008): Aku menukar warna blog aku ke warna putih. Tapi, ade orang komen cakap dia lebih suka blog aku warna hitam. Atau tukar ke warna kesukaan dia. Pink!

0 Komen