Mentalism

Dicatat oleh PakciQue | 11/29/2006 10:19:00 AM | , | 0 Komen »

Apa rasanya apabila seseorang dapat membaca fikiran anda?

Mentalism adalah kebolehan yang berkaitan dengan penggunaan kuasa minda seseorang seperti membaca fikiran orang lain, meramal jangkaan dan masa depan serta menggerakkan sesuatu objek tanpa menyentuhnya.

Orang-orang yang mempunya kebolehan ini dikatakan memiliki kuasa atau kebolehan psikik.
Kedua-dua istilah ini, pada pendapat peribadi aku, adalah menggunakan helah semata-samata. Tiada kebenaran dari segi saintifik atau mungkin sekadar naluri semata-mata.

Persembahan

Petua yang penting semasa membuat persembahan mentalism, kau orang perlu merenung mata audien dengan tajam. Ia bertujuan untuk mempengaruhi minda bawah sedar mereka. Diakhir persembahan, mereka akan percaya bahawa kau orang telah berjaya membaca fikiran mereka, walhal kau orang hanya mempengaruhi minda mereka agar memilih apa yang aku ingin teka.

Jadi, secara teorinya, mentalism adalah persembahan terbalik. Dapatkan jawapan, kemudian cati soalan.

Nombor Ekor

Semalam, ada kertas iklan yang dikepit di wiper kereta aku. Bila aku baca, ia adalah iklan tentang seorang tok guru dari Thailad (Thai Master) yang ada kuasa untuk meneka atau meramal nombor ekor 4D dan kuda. Bukti yang ditunjukkan adalah tiket 4D dengan nombor 9415 memenangi tempat kedua serta kuda 4140 memenangi tempat pertama. Sama seperti di dalam keratan akhbar.

Muslihatnya? Tiket dibeli selepas keputusan di akhbar keluar.

Sebelum ini pun, aku pernah dapat kertas yang sebegini. Aku bukanlah nak marah sangat. Tapi yang buat aku panas, dalam kertas tu ada letak komen dari pelanggannya. Komen lebih kurang begini.

"Selepas berjumpa dengan tok guru sami, kehidupan saya telah berubah dengan serta merta. Terima kasih tok guru"
Ahmad bin Abu.

Kau orang perasan tak? Hm, kalau nak letak komen yang tipu pun, jangan lah letak nama melayu Islam walaupun kau cuba menarik orang melayu untuk terpengaruh dengan iklan kau ni. Tetapi hakikatnya, selain bangsa lain, orang melayu juga adalah antara pelanggan tegar kepada perniagaan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kalau tidak, kenapa perlu iklan dibuat dalam bahasa melayu yang tunggang langgang walhal, mereka boleh buat dalam bahasa inggeris.

Dalam iklan yang terbaru ni, terdapat satu tagline yang amat menarik minat aku.

"Dapatkan sebelum anda susah. Ubahkan diri sebelum anda diubahkan. Telifonlah!. Anda jadi melainkan".

0 Komen