Cinta

Dicatat oleh PakciQue | 12/05/2006 03:53:00 PM | , , | 5 Komen »

10 bintang
5 kisah cinta
1 cerita

Itulah tagline yang digunakan dalam promo filem ini. Secara asasnya, ia mengenai kisah cinta yang universal. Bukan sekadar cinta seorang teruna kepada sang daranya. Tetapi lebih luas kepada kisah cinta suami kepada isteri yang curang, Kisah cinta kakak kepada adiknya, kisah si jejaka dan gadis, kisah cinta yang tak mengenal usia dan kisah si pencari cinta.

Sepenuh jiwa - Haris & Airin (Rashidi Ishak & Rita Rudani)
Seorang arkitek yang memiliki segalanya, isteri yang cantik dan anak yang comel, tanpa menyangka bahawa cintanya hanyalah sebuah ilusi.

Abadi - Dhani & Dyan (Que Haidar & Nanu Baharudin)
Dyan yang merupakan rakan sepejabat Haris, terperangkap dalam cinta tiga segi. Hakikatnya, cinta sejati Dyan hanya pada adiknya, Dhani.

Romantis - Azlan & Azura (Eizlan Yusof & Fasha Sandha)
Cinta hadir tanpa diduga. Sebuah kisah percintaan antara pemilik empayar media percetakan dan gadis penjaga kedai buku.

Unggul - Elyas & Rubiah (Dato' Rahim Razali & Fatimah Abu Bakar)
Adakah cinta mengenal usia? Mampukan cinta bertandang tika fikiran terkelam?

Tulus - Taufiq & Airianna ( Pierre Andre & Sharifah Amani)
Seorang gadis dari kampung, mencari kekasihnya yang hilang tanpa berita di ibu kota. Seorang wartawan budiman menghulurkan bantuan tanpa disedari cinta mula berputik.

Ok, secara keseluruhan, filem ni berjaya keluar dari kepompong filem-filem cinta melayu yang lain hatta cerita cinta dari Indonesia ataupun Bollywood. Plot ceritanya luas (10 bintang dalam 5 kisah cinta). Kesudahnya sukar untuk dijangka kecuali terdapat beberapa babak yang sedikit klise. Penghayatan watak yang baik terutama watak Dyan oleh Nanu serta Elyas (Dato' Rahim Razali).

Sebelum menonton filem ini, aku menjangkakan setiap pasang watak tidak berkait dengan pasangan watak yang lain, setiap kisah cinta adalah kisah cinta yang tersendiri. Tetapi jangkaan aku meleset. Setiap watak saling berkait. Haris dan Dyan bekerja di syarikat yang sama. Azlan menjalinkan hubungan perniagaan dengan Dyan dan Haris. Dyan dan Dhani makan laksa di kedai Rubiah. Airianna bekerja sementara di kedai Rubiah. Rakan sekerja Taufiq mengenali Haris sebagai seorang hartawan yang menjalinkan cinta dengan Azura.

Senimatografi yang cantik, gerak kamera yang mengancam, gaya urban bandaraya Kuala Lumpur berjaya ditonjolkan. Aku asyik terfikir, betapa susahnya merakamkan babak di rumah Taufiq yang bersebelahan landasan komuter tu. Terdapat babak seperti ucapan "Saya sayang awak" oleh Taufiq yang perlu tunggu komuter datang dari jauh supaya suaranya tenggelam dek ngauman komuter yang kuat. Babak yang membuatkan aku tersenyum adalah babak imbasan semula Haris ketika bermanja-manja dengan Airin di bawah selimut (Ehem).

Suntingan antara babak juga sangat lembut. Kepala aku pun tak serabut tengok filem ni. Rileks sahaja aku menonton. Lagu latar yang digunakan sangat bersesuaian. Cuma terkadang, agak bingit dipendengaran. Babak akhir di dalam KL Express agak keterlaluan. Tetapi mengudang gelak.

Aku cadangkan supaya kau orang pergi tonton cerita Cinta ni sebelum Cicakman merayap di pawagam. Dan kalahkan filem Nana Tanjung yang terlampau tu.

Cinta & Magik

SelepasSebelum aku menonton filem ni, aku pusing-pusing dulu kat Jaya Jusco Tebrau dan tempat yang selalu aku lepak adalah Kedai Buku Popular. Masa pusing-pusing dalam kedai buku tu, aku pun terpandanglah sebuah buku magik "Street Magic". Belek punya belek, hati pun terpautlah. Tapi harga dia boleh tahan. RM89.90.

Lepas tengok wayang, aku pun mengambil keputusan untuk membeli juga buku tu. Balik rumah, malam tu juga aku baca dan hayati. Dan malam tu juga aku habis baca. Esoknya, aku tunjuk dekat adik-adik aku. Dia orang memang selalu jadi bahan uji kaji. Dan ternyata, mereka teruja dengan persembahan tersebut walaupun mereka tahu bagaimana aku buat magik tu semua.

Lepas ni, jangan pula terkejut atau melarikan diri bila ada orang tegur kau orang di jalanan. Mungkin orang yang tegur tu, aku. Dan aku akan tunjukkan magik yang boleh membuatkan kau orang tak tidur malam.

5 Komen

  1. Anonymous // Tuesday, December 05, 2006 10:57:00 PM  

    aku dah tgk kemarin, tp x tgk dr awal.. Marah betul aku kat bbudak ni sbb depa beli yg tayangan kul 6.45, so lps Maghrib baru tgk... Masa tu dah part Amani nak iklankan pasal bf dia.. Huhu, sangat lambat!

  2. Anonymous // Wednesday, December 06, 2006 10:12:00 AM  

    eh sjk bile cik wani dh reti tgk wyg? whehehe.. hi pakcique! sy udah smpi cni..

  3. PakciQue // Wednesday, December 06, 2006 3:16:00 PM  

    Wani:
    Sedangkan kalau kau teralih pandangan seketika pun, kau akan hilang punca. Inikan pula lewat sampai 15 minit. Tapi Rasanya kau dah terlewat dekat setengah jam. Tak apa, nanti beli VCD yang ori eh.

    AreKnee:
    Wani tengok wayang kalau orang belanja je. Punyala kedekut taik hidung masin. Aku pun dah termasuk dalam list orang-orang yang kena belanja dia tengok wayang. Anyway, terima kasih sebab sudi jengah blog ni barang seminit dua.

  4. Anonymous // Thursday, December 07, 2006 7:03:00 PM  

    street magic, sape author die ek?

  5. PakciQue // Saturday, December 09, 2006 11:01:00 PM  

    Kid:
    Nama penuh buku tu: Paul Zenon Street Magic.
    Penulis: tak ada nama. Mungkin Paul Zenon juga.
    Penerbit: Carlton
    Kulit: Warna hitam ader gambar kunci, cigerate thru coin, cards fan etc.
    Kenapa? Nak beli eh?