Setiap hari perkara yang sama berlaku. Aku akan mengalami keresahan akibat kerja yang ada macam-macam masalah. Habis satu, dua lagi datang. Tak habis selesaikan yang satu, datang lagi empat.
Sepanjang minggu ni dan minggu lepas, ada macam-macam perkara yang berkaitan kerja yang membuatkan aku rasa bosan, menyampah, tekanan dan cuma sedikit keseronokan.
Apa yang bosan? Apa yang menyampah? Apa yang tekanan?
Aku terkejar-kejar antara nak siapkan laporan kewangan untuk bulan lepas dan bajet untuk bulan berikutnya. Tak sempat siap, aku kena kejar untuk semak gaji pekerja-pekerja. Bila dah siap, bolehlah faks, emel dan kurier ke Shah Alam. Tapi biasanya mereka akan tendang balik ke JB sebab ada sahaja perkara yang mereka tak puas hati. Maklumat tu tak lengkaplah. Maklumat ni datang dari mana. Siapa yang benarkan. Jadi, aku kena tanya balik soalan tu pada kerani di bahagian pembinaan. Dan kerani tu pula akan jawab endah tak endah sahaja. Jadi benda-benda ni semua akan berlegar-legar di sekeliling aku yang memerlukan aku selesaikannya sendiri.
Bila asyik fikir tentang perkara-perkara di atas, aku hampir terlupa untuk siapkan pembayaran. Mana nak fikir nak kejar pengarah untuk sign segala bagai dokumen minta pengesahan. Akhirnya kerja aku berterabur begitu sahaja. Dah tak tahu yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan. Jadi aku ambil keputusan, menulis di blog lebih utama dari kerja-kerja aku di atas.
Apa yang seronok pula?
Orang kerusi (Chairman) puji aku sebab aku berjaya kesan jejak perbelanjaan yang lepas-lepas dan usaha aku untuk kawal perbelanjaan sekarang dan akan datang supaya tak lari dari bajet. Seronok? Biasa saja pada aku sebab aku tak dengar. Dia puji aku dekat telinga orang lain. Lepas tu, orang tu sampaikan pujian tu pada kakak admin. Kakak admin kemudian cerita dekat aku. Panjang betul rantaian dia. Sesi mengumpat yang positif.
Persembahan di hotel
Alang-alang bercerita tentang kerja, biar aku bagitahu impian aku untuk membuat persembahan magik di lounge hotel. Kalau aku sungguh-sungguh dengan impian ni, aku kena buat proposal kepada hotel-hotel berkenaan.
Bentuk persembahan lebih tertumpu kepada persembahan pentas untuk bilangan penonton yang kecil. Tak perlu gah seperti persembahan David Copperfield, cukup sekadar dengan prop-prop yang kecil.
Bayaran? Hm, katakan seminggu aku buat persembahan sekali, sebulan 4 kali. Aku dibayar RM500.00, untuk persembahan 1-2 jam. Aku juga membuat persembahan di hotel yang lain, maka aku akan dapat sekitar RM4,000.00 sebulan. Lumayan bukan?
Tapi, langkah pertama yang perlu aku ambil adalah menyediakan proposal dan meyakinkan perngurus di bahagian F&B tentang kebolehan dan bakat aku.
Woi, tu impian ke berangan??!!
wow, klo btol2 menjadi, aku duduk barisan depan sekali!
wah wahh.. arap2 impian jd kenyataan.. kid, xkan jd penonton saja? hukhukk
Terima kasih atas sokongan kalian. Aku pun macam rasa seronok bila fikir-fikir pasal impian aku ni. Semoga aku ada kekuatan untuk mencapai impian aku ini.
Sebenarnya, kid akan jadi penasihat magik nanti. Tu pun kalau dia caj murah la. Kalau mahal, aku amik areKnee, tak pun wanie. Hehehe.
ko buat proposal, nnti aku hantar kat seluruh hotel kat selangor.. caiyok2 pakcik! ko bekerjasama laa ngan kid, at least, aku, aniey n fara kompem akan jd penonton..hehe