Apa perasaan kau orang bila kau orang dapat super power yang power gila? Boleh lekat-lekat dekat dinding, boleh bergerak dengan pantas, boleh memanjangkan lidah dan kalau kau orang cedera, cepat saja sembuh. Best kan?
Tapi bagaimana pula dengan adanya super power tu, sel manusia kau orang makin kurang tapi sel reptilia pula bertambah dan akhirnya kau orang tak boleh berjalan, tapi terpaksa merangkak/merayap macam cicak? Dan kerana itu, kau orang menjadi takut dengan getah!
Tak pernah terjadi dalam sejarah, aku menonton filem dengan bilangan yang sangat ramai. 13 orang. Aku pergi dengan adik-adik aku 6 orang dan keluarga Fara 7 orang. Maka sepanjang barisan kerusi tu, hanya kami sahaja. Rekod sebelum ni, aku tengok King kong 9 orang, tapi duduk bersepah dan KL menJerit 8 orang masa zaman matrik dulu.
Kalau kau orang nak tau sinopsis filem ni, kau orang boleh tonton sendiri atau baca dekat mana-mana sumber yang lain. Di sini, aku cuma nak bagi komen apa yang aku nampak dalam filem ni.
Secara keseluruhan, Cicakman berjaya keluar dari kepompong filem klise melayu. Dengan bermodalkan hampir 500 shot CGI, ramai orang berjaya diumpan untuk berpusu-pusu ke panggung sehingga menjadi filem melayu terlaris dalam sejarah dengan mengutip RM350,000 pada hari pertama tayangan dan meningkat kepada RM1.15 juta pada hari ketiga tayangan keseluruhannya.
Suasana bandar Metrofulus berjaya ditonjolkan dengan jaya sekali. Banyak juga shot CGI yang cantik-cantik meskipun terdapat sedikit yang kurang realistik tetapi dapat dimaafkan. Aku paling suka dengan shot transformasi suasana dari pejabat Prof. Klon ke Rumah Tania ala-ala Matrix.
Adegan pergaduhan perlu diperbaiki. Masih nampak agak tak menjadi. Aku tak dapat rasa impak untuk setiap tumbukan dan tendangan yang dibuat. Tapi ada juga babak-babak yang cantik macam pergerakan Cicakman yang pantas semasa mengelak tumbukan dari Ginger 1 dan Ginder 2. Juga adegan pergaduhan dengan Cicakman klon yang berlatarkan bulan mengambang. Ada seni estetika di situ.
Jalan cerita agak lemah. Perasaan aku sebagai penonton macam sesak bila ada adegan yang sedih seperti ketika Danny nak mati kerana aku tak dapat nak rasa, tak dapat nak lepaskan perasaan tu. Senang cakap, penghayatan yang lemah.
Dan yang membuatkan aku bertambah bengang, bila mana ada orang-orang yang tak tahu adab menonton di pawagam terutama budak-budak. Bila saja habis scene perlawanan antara Cicakman dengan Ginger1&2, mulalah budak-budak menjerit-jerit "Cicakman, cicakman". Lepas tu ada juga yang melompat-lompat, berguling-guling nak jadi Cicakman dekat depan pawagam. Pening kepala aku. Ni adalah kali ketiga selepas PGL dan King Kong. Dan inilah harga yang perlu aku bayar kalau menonton filem yang sesuai ditonton seisi keluarga.
Lepas ni, aku nak pergi tonton sekali lagi. Bukan untuk menghayati jalan cerita. tapi nak kira logo Cicakman yang ada dalah filem tu. Semalam, aku cuma perasan ada 3 saja. Aku rasa, mesti ada banyak lagi.
Getah
Getah
Alang-alang bercerita tentang Cicakman yang takutkan getah, aku pun cerita la sedikit magik yang ada kaitan dengan getah.
Masa aku kecil dulu, getah adalah prop yang selalu aku gunakan untuk buat magik. Getah diputuskan, kemudian dicantum semula. Dari satu jari, getah melompat ke jari yang lain. Termasuk juga dengan seni tali getah macam buat huruf dengan getah, kapal terbang, pistol, payung terjun dan banyak lagi.
Sekarang ni, magik getah sekadar trik sampingan atau trik sokongan bila aku mempersembahkan trik-trik yang lain. Magik getah ni sesuai untuk tontonan audien yang kecil sahaja. Tapi sebaik-baiknya hanya seorang atau dua untuk kesan yang lebih baik. Getah pula kena dari jenis yang berwarna terang dan lebih elastik, bukan yang jenis bungkus tempe. Tapi, kadang-kadang kalau dah tak ada getah, aku guna juga getah tempe tu.
Tempe? Aku jawa. Memanglah makan tempe!
nak tgk cicakman gak!huhuhu, btw ahad ni jam 1-2ptg, sila berkumpul di pizza midvalley kalo nak join gathering ex-matrik kita.. pakcik, kalo ko pi, aku pun pi laa kot..huhu
Penyakit Sangap Tengah Bulan telah melanda diri aku...jd mgkn aku xdpt nk penuhi impian ko utk g kenduri umah ayu n g gathering matrix..
xde rezeki namanye nk jumpa..