Ku Berlari

Dicatat oleh PakciQue | 12/16/2006 11:41:00 AM | , | 3 Komen »

Lari dari kerja? Lari dari rumah? Lari dari masalah? Lari dalam guni? Lari setempat?

Kerja terlalu banyak. Beban kerja bukan satu masalah. Tapi jadi masalah bila banyak yang perlu difikirkan akan kerja tu. Orang ni kata ok, orang yang tu kata kena tukar. Orang yang sana kata kurang sesuai, orang yang lagi satu kata, memadailah. Jadi? Balik rumah, lari dari ofis, lari dari kerja.

Mokyot hilang. Lari dari rumah. Mahkluk paling malas boleh lari dari rumah? Lari ikut jantan lain kah? Atau lari kerana merajuk sebab tak belikan frieskis?Kucing putih yang gemuk dan boyot hilang. Kalau kau orang jumpa, pulangkan pada aku.

Orang kata, kalau ada masalah, jangan lari. Kalau kita lari, masalah tu tetap akan kejar kita. Yang perlu adalah, selesaikan masalah tu. Kalau tak mampu seorang, cari orang yang pakar untuk tolong sama selesaikan bukan pindahkan masalah tu pada dia. Ada faham?

Lari dalam guni dengan lari setempat? Walaupun lari dalam guni penat dan lari setempat kurang penat, tapi lari dalam guni jua yang tetap menang dan sampai di destinasi.

Jom Karaoke

Klik link di bawah untuk muat turun lagu Ku Berlari nyanyian kumpulan Firdaus bersama penampilankhas Akhbar dan Cat Farish. seharian aku ubahsuai lagu ni. Cuma kualiti kurang elok. Jadi, belilah yang ori.

Ku Berlari - Firdaus ft Akhbar & Cat Farish
arahan: klik kanan pada link. Pilih Save Target As.

p/s: fail cuma boleh bertahan selama 5 hari (expired on 23 December 2006). Kalau ada request, aku akan upload lagi.

3 Komen

  1. Anonymous // Tuesday, December 26, 2006 7:37:00 PM  

    blh tak upload balik lagu ku berlari tue.. pls..

  2. PakciQue // Friday, December 29, 2006 11:53:00 AM  

    Sila bagi emel anda kepada saya

  3. Anonymous // Tuesday, January 02, 2007 12:54:00 AM  

    hadieyy@gmail.com