19 Disember 2006, seperti biasa aku bangun untuk pergi ke kerja. 1 mesej diterima.
"Yat, rumah akak masuk air. Akak EL."
Ouch, aku keseorangan lagi di pejabat.
Di luar hujan turun dengan lebat. Terasa kesejukan yang mencengkam. Tapi aku mandi seperti biasa. Selesai semua perkara, aku pun bergegas memanaskan enjin kereta. 0745, kereta mula meredah hujan lebat.
Tangan memutar radio, mendengar info trafik di Era.fm dan Hotfm. Terdapat kesesakan lalu lintah di sepanjang lebuhraya Pasir Gudang. Aku bercadang untuk lalu jalan lama. Tapi jalan banjir, menurut info trafik. Aku nekad untuk lalu lebuhraya.
Betul, kesesakan yang amat. Tidak seperti selalu. Kendaraan tidak bergerak langsung. Lumba dengan siput babi, aku kalah. Aku cuba cilok ikut off road, tapi sama juga hasilnya.
Jam menunjukkan pukul 0830, tiada sebarang tanda kesesakan mahupun hujan akan reda. Aku mengambil keputusan untuk rehat di sisi jalan untuk menyejukkan kereta. Telefon dikeluarkan. Aku menghantar mesej ke ketua jabatan di Shah Alam.
"Kak, saya mungkin lambat sedikit masuk ofis. Jalan jem teruk. Hujan lebat. Mungkin banjir."
1 jam, 2 jam. Hujan tiada tanda hendak berhenti dan lalulintas juga tiada tanda akan berkurang. Aku mengambil keputusan untuk menunda lalu lintas. Jika tiada sebarang perubahan selepas pukul 12, aku akan pulang ke rumah.
Yang aku takutkan terjadi jua. Kereta aku kehabisan minyak. Dush! Aku telah berjaya menambah kesesakan lalu lintas. Dengan bantuan seorang polis trafik dan seorang penunggang motosikal, kereta aku berjaya di tolak ke tepi jalan.
Oleh kerana aku ni jenis anak yang manja, aku pun menelefon ayah aku untuk minta bantuan. Dengan susah payah, ayah aku gagahkan juga datang ke tempat aku dengan membawa botol yang berisi minyak. Tetapi tidak sebegitu mudah.
Kunci motosikal tak jumpa. Habis seluruh rumah digeledah, tapi tak jumpa juga. Jadi, ayah datang juga menghulurkan bantuan dengan kereta, meredah kesesakan lalu lintas.
1 jam, 2 jam, 3 jam ayah tiba. Tetapi menumpang motosikal dengan seseorang. Rupanya kereta ayah dah berasap. Jadi berhenti di sisi jalan kira-kira 1 kilometer dari tempat kereta aku tersadai.
Selesai mengisi minyak, aku pun mencari jejambat yang boleh buat pusingan U, dan menurunkan ayah di tempat keretanya. Dan aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
1800, aku tiba di rumah dengan kesejukan dan kelaparan.
Keluar rumah pukul 0745, balik pukul 1800. Aku berpejabat di jalan raya yang sesak.
wahaha, what a bad day! masa lalui saat2 getir tu, mesti ko tensen jek kan.. tp bila ko dah tulis dlm blog n kenang2 balik, mesti nak gelak cam sakai..:P