Aktiviti selama satu hari setengah. Ada slot yang seronok, ada slot yang sangat mengantuk. Slot yang sepatutnya menarik seperti "Hubungan Suami Isteri" disampaikan dengan hambar sekali. Penceramah tu malu-malu. Aku pun mendengar ceramah tu dengan sangap yang besar.
Tapi ada seorang penceramah, aku kira dia dah sangat berumur dan bercucu. Dia banyak bercerita tentang sejarah hidup yang kadang-kadang berjaya membuatkan orang yang mengantuk, tak jadi nak tidur.
Kalau kau orang nak pergi ambil kursus, kena pastikan penganjur yang betul-betul berpengalaman. Macam penganjur kursus ni, walaupun dia kata dah 20 tahun pengalaman, tapi aku rasa dia orang macam tidak belajar dari pengalaman yang lepas. Hari pendaftaran yang kelam kabut, makan peserta yang tidak terurus, tempat kursus yang menyediakan surau yang sangat kecil untuk menampung peserta hampir 400 orang. Jadi, kalau lepas ni kau orang nak pergi kursus, jangan pergi kursus di hotel. Memang sangat tak sesuai walaupun kau orang mengandaikan suasana kursus yang selesa. Tapi hakikatnya, indah khabar dari rupa.
pegi sorang ke berdua? hehehe~
Pergi ke 5...
oh, berjemaah.. hehehe~