Kau nak teka di mana aku berada sekarang? Aku sedang mengadap komputer dengan kepala yang pening, rambut yang serabai, baju dari pagi tadi dan aku berada di pejabat aku lagi. Malam. Jam pukul 2216 ketika ini. Aku bukan merajinkan diri buat kerja larut malam. Aku terpaksa bertapa di pejabat aku. Hujan yang lebat dari pagi tadi telah menghalang perjalanan pulang. Lebuh raya dipenuhi dengan kereta yang bersesak-sesak sejak petang tadi. Mungkin kerana jalan yang telah dilimpahi air telah menyebabkan pergerakan kenderaan menjadi perlahan. Mungkin juga ader kenderaan yang rosak di tengah jalan yang menjadikan kesesakan lalulintas menjadi lebih parah. Jalan lama pula terpaksa ditutup sebab tanah runtuh.
Kepala aku berdenyut-denyut sekarang. Terkena sisa hujan dari petang tadi. Aku masih lagi berkira-kira. Pulang sekarang, dan aku akan bertunda-tunda dengan kenderaan lain. Aku akan sampai juga di rumah walaupun mengambil masa lebih dari 5 jam aku rasa. Kesudahannya? kereta aku mungkin akan kepanasan walaupun udara sejuk sedang berterbangan di luar. Atau aku perlu menangguh perjalanan seketika sehingga kesesakan sedikit reda. Tapi berapa lama? 1 jam? 2 jam? Aku dah menunggu lebih 5 jam. Tapi tiada tanda hujan akan teduh mahupun jalan akan sunyi.
Kini keputusan di ambil. Aku akan pulang sekarang juga. Bertunda-tunda dengan kenderaan yang lain. Menanti giliran di jalan raya. Menunggu peluang untuk sama pulang ke kediaman masing-masing. Keluarga di rumah semakin risau. Aku terpaksa pulang. Semoga ada esok untuk kita bertemu.
pastu ko sampai umah kul bape?lenkali tido jek laa kat opis..