Jendela 2006

Dicatat oleh PakciQue | 12/29/2006 10:45:00 AM | | 6 Komen »

Bak kata lotter, Yang Berlalu Takkan Berulang. Begitu juga dalam hidup ini. Perkara yang lepas takkan dapat diulang atau diubah. Apa yang boleh hanyalah dikenang. Tahun 2006 meninggal 1001 jenis kenangan. Yang indah, yang sedih, yang manis, yang pahit. Semua bergaul rata dalam hidup. Jom, kita semak semula kenangan2 sepanjang 2006.
  • Aku habis belajar selama 4 tahun di UUM. Hari-hari terakhir dipenuhkan dengan merayap bersama kawan-kawan.
  • Aku mula bekerja selepas seminggu menganggur. Rancangan untuk menganggur 3 bulan tidak kesampaian.
  • Aku beli Satria Neo. Ini telah menyebabkan aku telah terbeban dengan hutang pada usia muda.
  • Aku konvo. Pertama kali mama dan ayah naik bas pergi UUM, duduk dalam bas hampir 12 jam. Dan sesi pertemuan semula dengan rakan-rakan. Tetapi cuaca hujan sedikit merencatkan perjalanan majlis.
  • Aku sambut hari jadi di rumah Fara 3 jam lebih awal selepas mengadakan majlis harijadi anak buahnya pada petang tersebut.
  • Aku sambut hari jadi bersama-sama kedatangan awal Ramadhan. 24 September 2006 bersamaan 1 Ramadhan 1427H.
  • Aku dapat hadiah harijadi Nokia N70 dari mama dan ayah. Selepas 4 tahun aku menggunakan Nokia 2100 yang baterinya dah 'kong'.
  • Aku mula bayar PTPTN. Tapi sebenarnya baru bayar sekali lepas dapat surat amaran kali kedua.
  • Aku beli 'sesuatu'. Apa tu?

Sesungguhnya, sesuatu yang baik itu hendak dihebahkan. Jadi, wahai sekalian pembaca blog. Dengarlah pengumuman yang akan aku sampaikan. Dengan kedatangan dan keberkatan Hari Raya Qurban, aku akan menutup tahun 2006 dengan melangsungkan majlis merisik. Ya, aku akan merisik Siti Norfarazsuzilawati Jumah di rumahnya tengah hari pada Hari Raya Qurban nanti. Dan 'sesuatu' yang aku beli adalah...

Assalamualaikum pembuka kalimat,
Kepada keluarga, hadirin sekalian,
Kami datang membawa hajat,
Hajat menyunting bunga di taman.

Semoga majlis akan berjalan dengan lancar dan bunga di taman belum dipetik orang. Jangan ada orang lain yang petik dahulu selepas penat aku jaga, siram, baja selama 5 tahun.

Dan terpikul la sedikit beban di bahu. Selangkah lagi ke alam dewasa.

6 Komen

  1. Anonymous // Friday, December 29, 2006 12:03:00 PM  

    salam pakcik...
    aku terkejut dan suprise membaca entry ni...
    tahniah dari aku..
    aku org pertama tak??? ehehehe..

    tapi kalau majlis kawin nnt buat la bila ekonomi aku dah stabil tau. blh le aku ke johor..
    aku doakan korang berdua bahagie ye..
    amiin..

    ok..

  2. PakciQue // Friday, December 29, 2006 3:41:00 PM  

    Aper kes ni Tiwa...cik shie kita yg baca entry dulu...aku tggu sume org terkejut bila baca entri aku nie..hahaha...

    Shie: TQ bebanyak..sume ni pon atas doa korg gak...sume org yg aku n fara kenal...sumer berharap hubungan aku n fara berkesudahan di jinjang pelamin...secara tak langsung...kau orang gak mendoakan kitorg...hmm...ko plak bile lagi shie...?

  3. Anonymous // Saturday, December 30, 2006 11:30:00 AM  

    congrat pakcik, moga kekal hingga hujung nyawa:)

  4. Anonymous // Wednesday, January 03, 2007 11:51:00 PM  

    wowowowo ada org kat blog dia xmo ngaku tiwa, kat blog ni tiwa plak..

    iskk iskk iskk adakah org serupa?!

    nway, tahniah pakcique~!!

  5. PakciQue // Thursday, January 04, 2007 11:04:00 AM  

    Tiwa: Terima kasih. Doa kau orang juga dari zaman matrik sampai ke UUM.

    Aniey: TQ. Nanti ada rezeki, aku jemput kau k.
    Ada orang tu tak bagi aku panggil dia Tiwa. Dia kata sejak bila akak dia lahirkan aku. Aku cakap dia yang kawin dengan pakcik aku. Hahaha.

  6. Anonymous // Friday, January 05, 2007 5:07:00 PM  

    ohh.. klo ko jemput terima kasih byk² la.. xpernah knal secara official ko dah jemput, tak ke terharu aku.. hahaha...

    Tiwa tu ada hati kat pakcik ko ke pakcik? hahaha.. bape byk kali pakcik..