Ketika (Datuk) Siti Nurhaliza digosipkan sedang hangat bercinta dengan seseorang (ketika itu banyak andaian termasuk Dr Fazley), semua orang ingin sangat tahu siapakah lelaki bertuah yang dapat mencuti hati Siti. Rahsia yang paling kukuh tersimpan rapi.
Pada ketika itu, kau orang juga rasa tak senang duduk dan mula mengeluarkan teori masing-masing. Dan bila Siti mengumumkan siapakah lelaki itu, mula kedengaran suara-suara sumbang tak kurang juga suara-suara yang menyetujui. Tapi lebih banyak yang sumbang.
Sama juga ketika kau orang selesai menunjukkan sebuah magik. Contoh Color Change. Semua orang akan bertanya pada kau orang macam mana kau orang buat dan memujuk kau orang untuk memberitahu rahsia trik itu. Jika kau orang tidak mahu memberitahu rahsia itu, macam-macam teori akan keluar termasuk ayat yang paling klise "Eleh, kau tipu."
Tapi, jika kau orang beritahu rahsia itu, apa pula akan terjadi? Sudah tentu selepas itu mereka tidak lagi menghargai. Prestasi kau orang sebagai seorang ahli magik juga akan terjejas. Dan ayat-ayat yang mampu menyakitkan jiwa akan terbit, "Aku dah agak dah, memang kau sorok kat dalam kocek." atau "Eleh, tu pun aku reti."
Jangan rasa sakit hati bila orang menyindir bila mereka tak dapat tahu rahsia magik tu. Sebab hati akan lebih sakit mendengar ayat mereka bila kau orang membocorkan rahsia magik.
Sudah tentu ada cara untuk mengelak dari berlaku perkara ini. Apa perkara-perkara yang boleh diambil untuk mengelak daripada audien bertanya itu dan ini. Baiklah, aku ceritakan dlm catatan yang akan datang.
Bukan nak buat komen:
Cuma nak berkenalan dan kalau boleh nak TUKAR LINK dengan Kedai Magic
entry ni sgt tepat! jgn skali2 bocorkan rahsia silap mata anda!
ermmm..terkenang di UUM dulu, aku salu pujuk pakcik utk dedahkan rahsia magik dia.. pujuk elok2 dia tannak citer, aku akan guna teknik mengugut dan merajuk.. haha..
ugutan aku berjaya.. macam magik daun terup, aku ugut tannak bg pinjam buku kat dia kalo dia tannak citer, kan pakcik kan? hahaha..
pastu magik ko kat kfc tu pun sama gak.. hmm, kesian seorang ahli magik bernama pakcik yg sengsara mempunyai kawan seperti cik wani.. hehe
Magic yg kat kfc tu, tension pkck menjawab soalan tertubi2 dr kitorg. sbb nak tau apa rahsianya. suruh pkck ulang2 buat magic, nak tgk pkck sorok mana.. ehehehe..
org magic kena sabor..kan..kan..