Who Wants To Be A Millionaire?

Dicatat oleh PakciQue | 1/26/2007 12:16:00 PM | , , | 1 Komen »

Pengenalan:


Secara asasnya, WWTBAM adalah sebuah rancangan kuiz berbentuk trivia. Mengandungi 15 soalan dan 3 talian hayat yang berjaya mencetus fenomena kepada dunia. Berbanding menggunakan limitasi masa, program ini membenarkan peserta mengambil masa yang panjang untuk menjawab sesuatu soalan tetapi peserta akan ditekan dengan suasana yang tegang.

Maklumat lanjut, boleh dapatkan di laman Wikipedia

WWTBAM Di Malaysia

Rancangan ini pernah memberi hak penyiaran kepada Malaysia dengan dihoskan oleh pelakon Jalaludin Hassan, disiarkan di NTV7 dan mendapat tajaan dari Digi.

Rancangan ini dihentikan atas sebab-sebab yang tertentu yang aku sendiri tak berapa pasti. Tapi berdasarkan khabar-khabar yang aku perolehi, ia dihentikan atas sebab fatwa yang mengharamkan program ini kerana ada unsur perjudian. Tapi hakikatnya, program ini sangat menguntungkan.

Dan sehingga program ini dihentikan, tiada seorang pun peserta dapat menjawap kesemua 15 soalan dan membawa pulang hadiah 1 Juta. Hatta, soalan bernilai 1 Juta juga tidak pernah kita dengar.

Paling tinggi nilai yang berjaya dimenangi adalah RM 250,000 dan peserta berhenti pada soalan RM500,000

Jutawan pertama

John Carpenter adalah pemenang pertama 1 Juta. Dia langsung tidak menggunakan talian hayatnya sehingga soalan terakhir dia menggunakan panggilan telefon untuk menelefon ayahnya.
Kredit
Wikipedia

1 Komen

  1. Anonymous // Saturday, February 03, 2007 1:30:00 PM  

    mmg cool la john carpenter!