Trans "Neo" Formers

Dicatat oleh PakciQue | 7/03/2007 12:51:00 PM | | 2 Komen »

Malam tadi, tiba-tiba aku terjaga dari tidur bila aku terdengar sesuatu yang pelik di luar rumah. Aku bangun dan mula menyiasat akan bunyi tersebut. Kelihatan seperti biasa, sama seperti malam-malam sebelumnya.

Tiba-tiba enjin kereta Neo aku hidup. Huh? Ada orang cuba mencuri kereta aku rupanya. Aku menjerit sekuat hati, namun seolah-olah jeritan aku tidak didengari semua orang. Dengan pantas aku mengambil kunci rumah dan kunci motor aku. Dengan kelam kabutnya, aku membuka pintu rumah aku. Belum sempat apa-apa, kereta Neo aku telah meninggalkan laman rumah dengan begitu laju sekali. Aku juga dengan pantas terus menghidupkan motor aku untuk mengejar pencuri yang mencuri motor kereta aku.

Kurang 5 minit, aku berjaya menjejak semula kereta aku. Pencuri itu telah membawa kereta aku ke sebuah kawasan perindustrian yang sunyi dan terbengkalai. Kawasan tu memang sudah lama dihentikan operasinya.

Untuk mengelak aku dikesan oleh pencuri itu, aku telah meletakkan motor aku jauh dari pandangan dan menyorokkannya di balik pokok.

Dengan terbongkok-bongkok, aku menjejak pencuri kereta aku. Dengan tiba-tiba kereta aku telah pun bertukar menjadi sebuah robot. Aku sangat terkejut sekali. ketinggian robot itu hampir mencapai ketinggian bangunan dua tingkat.

Robot itu kemudian menghantar isyarat cahaya yang dikeluarkan dari dadanya dan di halakan ke langit. Logo yang terhasil kelihatan pelik.

Tiba-tiba aku dapat rasa bahu aku dicuit sesuatu. Gulp!

"Bang..bang.. Bangun. Wayang dah habis. Nak tidur balik rumah!"

Transformers

Kau orang wajib tengok cerita ni. Ulasan aku tak mampu nak menerangkan kecanggihan dan kecantikan teknologi CSI erh salah CGI yang digunakan. Wajib tonton. 13 bintang dari 10. Aku bagi ekstra 3 sebab aku sampai berangan kereta aku pun leh jadi Transformers.

2 Komen

  1. aniey // Tuesday, July 03, 2007 7:51:00 PM  

    "Aku juga dengan pantas terus menghidupkan motor aku untuk mengejar pencuri yang mencuri motor aku."

    berangan pun bole silap.. sbaik msh bole phm.. hehehe..

  2. PakciQue // Thursday, July 05, 2007 11:43:00 PM  

    owh...ada cikgu yg ngecek..so..pembetulan tu perlu dibuat...maka pembetulan juga telah dibuat...