Akhirnya, aku telah menjadi tunang orang. Bermulalah era yang mencabar dalam mengharungi hidup. Dugaan yang lebih besar. Onak yang lebih berduri. Tapi sesungguhnya hubungan ini lebih manis dari madu.
Dengan sebentuk cincin, sebelas dulang hantaran, lima belas buah kereta, lapan puluh orang rombongan, majlis menjadi sangat meriah. Yang kurang hanya tok kadi sahaja.
Ungu dibalas biru, sebelas dibalas tiga belas, dua hati bersatu seperti besatunya cincin dengan jari.
Kepada yang sudi ikut konvoi, ribuan, jutaan terima kasih diucapkan. Lepas ni, aku pula kena balas kalau kau orang nak buat kenduri tunang ke, kahwin ke.
Gambar-gambar majlis, dulang hantaran dan sebagainya akan aku masukkan kemudian. Ada sedikit masalah dengan kabel ni.
Apa-apa pun, terima kasih atas doa kau orang. Doa kan jodoh kami panjang dan berkekalan. Amin.
tahniahhh pakcik.. giller ramai sampai 15 kereta.. salu dlm 5-6 kete jekk.. tak sabar nak tunggu gambo ni, upload cepat k..
tu r sal.. mmg kurang tok kadi je tu.. klo x dah slmt dah.. hehe
best ke bertunang??aku pn nk bertunang gak ar..dgn tok kadi..
hepi ending ar pakciQue n makciQue yg dh tua kerepot..huhu..semoga bahgia di alm pertunangan yerk..