Aku mulakan entri pertunangan aku denan bercerita pasal barang hantaran. Seprti yang sedia maklum, menjadi adat untuk bilangan dulang dalam nombor ganjil seperti 3, 5, 7, 9 dan seterusnya. Dan juga menjadi adat bilangan hantaran perempuan akan lebih dari bilangan hantaran lelaki. Maka, kalau pihak lelaki ingin menghantar 25 dulang hantaran, maka pihak perempuan perlu membalas 27 dulang hantaran atau lebih. Mungkin menjadi malu agaknya kalau pihak perempuan membalas kurang dari pihak lelaki. Di sini perlunya kedua-dua belah pihak untuk berbincang berapa dulang ingin dihantar dan berapa dulang yang mampu dibalas.
Seperti kes aku, aku dah berbincang dengan Fara untuk menggunakan nombor perdana seperti 2, 3, 5, 7, 11 dan seterusnya. Bilangan yang paling kecil adalah 3 berbalas 5 (2 adalah nombor perdana yang genap). Tetapi memandang kedua-dua keluarga kami adalah besar maka kita orang berpakat untuk tukar kepada 5 berbalas 7. Dan bermulalah kami menyenaraikan barang-barang yang ingin diberi.
Kemudian datang idea atau cadangan dari pelbagai pihak dan akhirnya bilangan dulang terpaksa ditambah dan ada juga barang-barang yang terpaksa digabung dalam satu dulang supaya tak kelihatan terlalu banyak. Nanti takut orang kata ingin menunjuk-nunjuk pula. Dan kata putus diambil untuk menggunakan hantaran 11 berbalas 13.
Hantaran Pihak Lelaki
Hantaran Pihak Lelaki


Kemudian, perkara kedua yang wajib adalah duit tanda. Biasanya bernilai 1% dari jumlah wang hantaran bila nikah kelak. Nilai yang telah dipesetujui adalah RM89.89.
Dan aku pun menggabungkan cincin dan duit tanda dalam satu dulang.
Dulang yang kedua pula adalah sirih junjung. Bab sirih junjung di
pon ada sedikit pening. Mula-mula nak gunakan sirih plastik. Jadi nampak cantik dan segar selalu. Kemudian boleh dijadikan hiasan meja. Tapi memandangkan pihak perempuan inginkan daun sirih yang segar, maka aku pun gunakan la daun sirih ori. Dan telah mengupah Mak Uteh aku untuk gubah sirih junjung ni.



Yang ni pula cokelat yang konon-konon nak warna ungu juga. Jadi
gunalah cokelat Cadbury. Orang kedai hantaran tu yang bagi cadangan sedemikian rupa. Lepas tu aku penuhkan bakul tu dengan cokelat duit emas. Dah macam peti harta karun lanun.


Hantaran yang paling aku suka sekali. Beg tangan dan kasut sebab


15 potpori menghiasi hantaran yang ini. Aku


Tak sah kalau tak ada gula-gula kan. Mula-mula aku beli gula-gula
sugus sebab nak bagi berwarna warni. Bila tengok semua hantaran aku wara ungu, aku pun pergi la cari gula-gula yang sampul dia warna ungu saja. Tapi bila dah letak, macam sayang pula pada sugus yang lain-lain tu. Jadi aku letak la sikit sugus yan warna lain. Buat cantik.

Sebenarnya ada hataran lagi satu. Tapi ada tragedi dengan kek tu. Mula-mula aku pergi tempah kek 1.5kg. Lepas tu selang beberapa hari, pergi buat tempahan hantaran. Orang hantaran tu cakap, kotak yang dia deko tu muat untuk letak kek 1.5 ke 2 kg. Tapi bila dan ambil kek, sebenarnya tak muat. Tapak alas kek lebih besar dari kotak palstik. Jadi mulalah masig-masing jadi "Mekgeber" cuba untuk muatkan kek tu dlm kotak juga. Jadi langkahnya, buka tapak kotak. Maka hantaran kek aku bertapakkan alaskan kek. Bukan tapak kotak. Huh!
Hantaran Pihak Perempuan
Sekarang kira bergerak ke hataran pihak perempuan. Disebabkan aku pun agak malas ketika ini untuk komen satu-satu. Jadi kau orang cuci mata je la eh.
Aku up kan hantaran pihak perempuan selonggok terus. Dan aku bagi percuma katil dia sekali. nanti Insya-Allah, aku tidur kat katil la.

Sekian untuk tatapan hari ini. Nanti esok-esok aku buat entri yang lain pula.
p/s: Klik gambar untuk lihat yang lebih besar dan jelas.
Aku ambil gambar guna kamera HP. Kualiti sedikit terjejas sebab masalaha kurang cahaya.
hantaran yg cantikk.. nnti aku punya kenduri, leh laa consult ngan ko..
x semua laki pandai pilih brng wanita, tp pakcik mmg superb..:)
wah pakcik.. aku suka warna tema ko... klu tak keberatan kongsi ler sekali budged hantaran ko & berapa lama ko buat preperation
hm...mcm meriah je majlis pertunangan fara n dayat.nnt u all kawen jgn lupa jemput sume kwn2 k..
lawa hantaran. Pinjam. Nak letak kat mesrarakyat.wordpress.com
syukran aa..