Tunang Ep2: Rombongan

Dicatat oleh PakciQue | 7/23/2007 02:49:00 PM | , | 0 Komen »

Aku cuba untuk pendekkan karangan aku supaya tak menjadi karangan budak-budak yang ambil peperiksaaan SPM ataupun PMR.

Kalau bercerita pasal rombongan yang sama-sama ikut menghantar meminang ni, selalunya hanya dari keluarga terdekat. sebab tu, sekitar awal tahun, aku sedikit rasa pelik bila ada kawan aku bagitahu yang dia nak pergi umah kawan dia tunang. Aku pun cakap, "Yang kau sibuk-sibuk kenapa?" Pada fikiran aku, orang "luar" sepatutnya tak perlu masuk campur urusan majlis pertunangan orang. Lainlah kalau majlis perkahwinan.

Tapi, rupa-rupanya majlis aku lebih "menyibuk". Kalau dah sampai 15 buah kereta yang datang, kau orang bolehlah bayangkan berapa bilangan orang yang ikut menghantar meminang ni. Ha, pergi la ambil kalkulator atau sempoa untuk mula mengira. Andaikan satu kereta ada 4 orang. Cukup ke lauk?

Kalau bercerita pasal suasana, memang meriah. Sangat meriah. Yang tak ada cuma tok kadi je. Tapi kalau dah ada tok kadi, bukanla majlis pertunangan lagi. Tu dah jadi majlis lain kan.

Ok, selamat membaca entri aku kali ni bersama dengan beberapa keping gambar yang di ambil oleh adik aku.

Lepas ni, aku bagi entri saat-saat yang mendebarkan. Majlis menyarung cincin dan termeterailah janji, ikatan antara aku dan dia.

Beberapa hari yang lalu:

Kak Rose: Kita nak makan apa ni. Lauk macam sama je.
Aku: Belasah je apa yang ada.
Kak Rose: Eh, ikan apa ni. macam sedap je. Bukan ikan kembung. Macam ikan... Ikan apa eh?
Aku: Ikan goreng.