1 April::..~

Dicatat oleh PakciQue | 4/01/2008 10:08:00 AM | , , | 0 Komen »

Ini adalah entri aku yang ketiga yang menggunakan tarikh sebagai tajuk entri. Sebelum ni, aku menggunakan tarikh 14 Februari dan 29 Februari.


Semua orang tau apa cerita yang berlaku disebalik tarikh ini. Dan sekali lagi, kita memang dilarang keras meraikannya dalam apa bentuk sekali pun seperti membuat satu jenaka yang bertujuan mengenakan orang lain.

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah dikenakan oleh kawan-kawan aku. Selalunya aku dikenakan oleh adik aku atau mak aku sendiri. Aku memang tahu dia orang sengaja nak kenakan aku. "Eleh, nak mengenalah tu." Tapi kadang-kadang hati berdegup-degup juga kalau ia betul2 terjadi.

Pada aku, 1 April ni memang tak perlu disambut. Atau tak payah lah nak buang masa nak fikirkan idea nak mengenakan orang-orang yang ada disekeliling kita tu.

Tapi, kalau kau orang ada kawan yang suka mengenakan kau orang dengan lawak-lawak 1 April ni, kau orang daftarkan je nama dia dalam program Bang Bang Boom. Biar dia betul-betul rasa langit tu tinggi ke rendah.

Kau orang boleh menghantarkan maklumat berikut; Nama kau orang sebagai tok dalang, Alamat, No telefon dan Nama orang ingin kau orang kenakan. Segala maklumat boleh di emelkan ke bangbangboom[at]tv3.com.my ([at] = @). Maklumat lanjut boleh merujuk ke Bang Bang Boom

Siap ada buat penafian (disclaimer) lagi; Segala perbuatan dan kejadian yang berlaku adalah di atas tanggungan peserta sendiri. Pihak BBB tidak akan bertanggungjawan dengan apa-apa implikasi yang mungkin terjadi semasa rakaman atau siatan program ini.

Jadi, aku pun nak buat penafian bahawa aku (Noorhidayat, PakciQue, KedaiMagik) tidak akan bertangungjawab terhadap apa-apa implikasi yang akan berlaku sekira ada yang mendaftarkan diri kerana membaca entri dari blog aku. Wah, boleh gitu?

Selain tu, untuk yang ringkas sedikit, kau orang boleh mencuba Panggilan Hangit oleh HotFM. Jadi, daftarkan maklumat kau orang di sini. Huhu. Tapi pastikan benda yang nak dihangitkan tu, bukan sesuatu yang memalukan dia. Tetapi sesuatu yang merisaukan, kira boleh.

0 Komen