Catatan Hujung Minggu #02

Dicatat oleh PakciQue | 8/25/2008 12:08:00 AM | , , | 0 Komen »

Potong Rambut.

Semak gila. Dah macam Cinta Di Lautan Lalang pula. Jadi, pergi lah potong. Baru nampak hensem dan sentiasa terpacak. RM9.00 tapi servis macam apa je. Habis baju aku penuh rambut. Melekat-lekat. Tak syuke. Tak syuke.


Aku Nak Hidup Percuma!

Aku merayap. Habis satu Plaza Alam Sentral aku tawaf. Tengok orang main game. Aku tak reti. Tengok je reti. Lagi best tengok orang yang pandai main dari diri sendiri yang tak pandai main, nak main.

Kemudian, di SACC Mall ada finale peraduan Aku Nak Hidup Percuma Di Era. Tapi aku tak tengok sampai habis. Dari start pun aku tak tengok. Penat lah. Balik lagi bagus.

Captcha Myspace yang gila

Aku akan buat satu entri esok berkaitan dengan Myspace punya Captcha. Aku tau, mesti ada yang sangkut dan serabut kan. Tunggu esok ok. Aku bagitahu tip-tip untuk menghadapi masalah Captcha yang gila ini.

Gangstarz - One Nation Emcess Juara

Yeah! Seperti yang diharapkan dan seperti yang diduga. One Nation Emcees jadi juara gGangstarz musim ke-2. Dengan persembahan yang mantap dan menarik. Memang aku mengharapkan dia menang. Tengok live tu lagi kat Stadium Melawati. Dapat tiket dari member yang tak jadi nak pergi.

Sesungguhnya, mereka yang berada di stadium dapat hint siapa yang menang bila secara tidak sengaja Datuk Sri Farid telah menulis huruf "O" pada digital cek. Kumpulan mana plak yang ada huruf "O" di awal nya kecuali ONE.

Apa-apa pun, diorang memang layak untuk menang. Kesian kat kawan ONE yang tarik diri tu. Aku tak ingat nama dia apa. Tapi perempuan. Entah. Ada masalah apa entah.