Bila Captcha Myspace Buat Gila

Dicatat oleh PakciQue | 9/11/2008 04:02:00 PM | , | 0 Komen »

Entri ini merujuk kepada entri ini.

Sepanjang minggu lepas, aku menjalankan suatu yang dipanggil spam marketing untuk menarik bilangan manusia melawat dan singgah di blog aku yang tak berapa ramai sgt umatnya yang nak menyinggah. Kesian aku.


Jadi, dalam nak menambah bilangan pengunjung tu, aku perlu add seberapa ramai pengguna-pengguna di MySpace sebagai kawan aku. Kemudian, menghantar komen, mesej dan sebagainya agar mereka melawat blog aku ini.

Sehingga blog ini ditulis, aku telah mempunyai seramai 167 kawan-kawan di MySpace dengan entah berapa ramai aku pun tak tau telah masuk ke blog aku melalui pautan-pautan yang telah aku letak di MySpace aku atau di ruangan komen mereka.

Ok, kau orang boleh juga menggunakan idea ini untuk mendapatkan trafik yang tinggi ke blog kau orang. Tapi, ingat. Jangan SPAM.

How to Increase BLOG Trafic Using MySpace

Ahakz, tu bukan tajuklah. Tu saja je letak. Mana tau kot-kot ada yang membuat carian di Google ke. Dapatlah sedikit Rank aku di situ nanti.

Ok, apa yang dapat aku perhatikan, bila aku menambah kawan dengan terlalu extreme, akan wujud secara tiba-tiba atau ada juga sesetengan pengguna yang lain meletak syarat Captcha sebagai sebelum dapat "add as friend".

Ok lah, bukan hal besar sangat pun. Tapi, yang jadi angin tu, dah masukkan banyak kali dan taip betul-betul, masih lagi dia kata salah. Kau pernah hadapi perkara ini?

Ok. Sebenarnya kau akan dapat selesaikan masalah ni, bila kau tau apa puncanya. Sebabnya, imej captcha tu dah expired. Jadi, kau sebenarnya hanya perlu refresh imej tu dahulu sebelum kau masukkan teks dari imej tu ke dalam ruang yang berkenaan.

Tip. Supaya kepala kau pun tak pening. Aku cadangkan kau refresh sampai kau jumpa imej captcha yang pendek dan mudah dibaca. Sebab kadang-kadang imej VV nampak seperti W.

Harap ia dapat membantu sedikit.

p/s: aku hairan kenapa setiap link yang dibuat di Myspace, mesti dia redirect dulu ke phishing page.