GODA 8TV #01

Dicatat oleh PakciQue | 8/15/2008 11:55:00 AM | , , , , | 6 Komen »

Entri ini akan mengulas semula drama Goda yang disiarkan di 8TV setiap hari Khamis jam 9.30 malam.

Ah, kenapa mesti bertindih dengan drama Kekasih Kuseru kat TV3 tu. Aduhai. Dah lah cerita tu pun best. Bukan sebab aku tak tau nak pilih cerita yang mana. Tapi, aku takut nanti berebut dengan housemate aku pula. tapi, nasib baik semalam tiada orang di rumah. Kau gila apa nak layan cerita hantu sorang-sorang!

Episod pertama semalam merupakan Pilot Episode untuk memperkenalkan semua watak dan konsep drama tersebut.

Kita berkenalan dengan watak dan perwatakan seperti M, Sanya, Adela, Borhan, Chief dan beberapa watak sampingan yang lain.

Kita juga dibawa berkenalan dengan kemelut A (Amirul) seorang jurual kereta terhadap wanita impiannya, S (Shiela).

A, ada keyakinan, ada rupa tapi kaedah yang digunakan untuk mengoda S adalah tidak betul.

Tip dari M kepada A
  1. Tunjukkan keihklasan dan jangan buat dia terkejut.
  2. Macam kereta, takkan start enjin nak terus pecut; kena slow and steady.
  3. Boleh menghantar hadiah kecil yang tidak mahal tetapi memberi kesan [kunci pendua].
  4. Boleh menghantar SMS, tapi jangan sampai kelihatan mengganggu wanita itu.
  5. Buktikan anda bukan sahaja seorag jurujual kereta tapi juga seorang gentleman.
Burhan pula adalah eksekutif yang mempunyai perasaan terhadap bos dia, Adela anak seorang Datuk. Tetapi, Burhan ada masalah keyakinan diri.

Baca info lanjut sinopsis Drama ini di Sini dan Sini

Tip M kepada Burhan
  1. Masalah kurang keyakinan adalah masalah biasa yang takdelah besar sangat.
  2. Tunjukkan yang anda prihatin padanya. Mulakan dengan memuji wanita itu. Wanita memang sukakan pujian. Tapi biar ikhlas dan tidak nampak ada niat-niat yang lain.
  3. Keyakinan itu bermula dari diri. Tingkatkan keyakinan diri dengan memastikan keadaan fizikal dan mental dalam keadaan baik.
  4. Kadang-kadang benda-benda kecil pun boleh buat kita kurang yakin pada diri sendiri [seperti kelemumur].
  5. Lihat dalam diri sendiri dan anda akan dapat jawapannya.
Jadi, wahai lelaki-lelaki diluar sana, kalau kau orang ada masalah dalam mencari cinta, atau memang kau rasa si dia adalah cinta kau, tapi tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan langkah pertama, drama ini sangat sesuai untuk kau, kau, kau dan kau.

"Sesetengah lelaki nampak macam cukup bertuah, tapi sebenarnya tuah takde kena mengena dengan semua ini. Yang perlu ialah keihlasan, keprihatinan dan confidence untuk membuka pintu peluang. Sedikit keyakinan boleh membawa anda pergi juah." -M

Psst.. Kau ada masalah cinta, hubungan persabahatan, kerja, keluarga? Hubungi M untuk dapatkan bantuan.

Komen aku:

Aku suka tengok teknik penceritaan di awal babak seolah-olah seperti temuramah dengan A. Macam tengok rancangan realiti TV pula. Tapi, memang ini realiti kehidupan.

Sudut-sudut kamera dan suntingan nampak cantik dan seolah-olah dibuat untuk filem. Mungkin lepas ni, boleh dikembangkan untuk dijadikan filem seperti filem Hitch.

Beberapa lagu sebagai muzik latar bagi drama ini juga sedap didengar. Begitu juga dengan muzik latar drama ini sendiri yang menimbulkan rasa hype dalam diri aku.

Sedikit kelemahan drama ini, adalah dari segi artikulasi dialognya. Sedikit tidak jelas. Dah lah banyak guna bahasa penjajah. Bukan aku tidak faham, tapi aku tak dapat dengar dengan jelas. Kalau cakap bahasa ibunda pun, aku terpaksa merujuk kepada sarikata bahasa penjajah itu. Sebab percakapannya kurang jelas. Tapi bila para pelakon bercakap dalam bahasa inggeris, tiada sarikata bahasa melayu yang dapat aku rujuk. Kepada pihak 8TV, sila ambil perhatian eh.

Komen kau pula?

p/s: Aku dah ada cinta sejati aku. Jadi, petua-petua M ni, aku sekadar ingin berkongsi dengan kau sahaja.

p/s/s: Entri aku ini dijamin akan membuatkan Fara melenting. Hahaha.

6 Komen

  1. Adzie // Thursday, August 21, 2008 8:38:00 PM  

    ulasan yang mmg details.. buat ulasan every week ke? Goda is better than 5 Jingga yg mmbosankan. Tulisan Rafidah nampak lebih bijak dan matang utk dijadikn drama siri tv. Good luck 2 u.

  2. PakciQue // Friday, August 22, 2008 11:22:00 AM  

    Thanx 4 your concern..

    Yup..ulasan every week..untuk 2nd episod..still on process..

    5 jingga? tak pernh dgr pon..citer ape tue..?

    Let exchange link..

  3. cikin mohd // Sunday, September 07, 2008 12:28:00 AM  

    thanks for drOpping by @ my blog

    i link u ek

    yup...5 JINGGA sO bOred fOr me

    dis GODA byak kish yg always happen'd 'rOund us

  4. PakciQue // Monday, September 08, 2008 9:59:00 AM  

    Cikin: TQ for your time visiting my blog..hope u can jump to here again to catch my review about GODA..

    I also link u up..da..

  5. Shank // Saturday, September 27, 2008 10:22:00 AM  

    thanks pakcique for linking the official website to goda series. i can now watch them online!

    xx

  6. msdaisy // Sunday, September 28, 2008 7:54:00 PM  

    Hi PakcikQue..

    I also perasan apa yang Sanya tulis and sebut tak selari. Berbeza. But i just ignore walaupun ada sedikit rasa tidak best. And i teringat bende ni semula bila last week, masa tengok Movie lama@TV3: Bringing Down the House,ada scene yang sama dengan scene Sanya ni, cuma bezanya, apa yang Peter Sanderson tulis and cakap sama. Baru rasa selesa. Hehe. Yes benda kecil, cuma kalau benda kecil ni tidak di beri perhatian, lama2 boleh jadi isu lain pula..

    Anyway, i love watching GODA..