Entri Ke-100

Dicatat oleh PakciQue | 8/18/2008 05:35:00 PM | , , | 0 Komen »

Alhamdulillah. Sejak tahun 2006. Dengan lebih tepat, 2 November 2006. Blog ini telah beroperasi hampir 2 tahun. Dan kini aku sedang menaip entri aku yang ke-100.

Teringat lagi entri pertama yang konon nak fokuskan kepada entri yang berkisar kepada dunia magik. Tapi, aku kekurangan sumber. Takkan aku nak kongsi fail-fail magik yang mengajar kau orang cara buat magik. Tak boleh. Melanggar kod etika.

Tapi, aku boleh ajar kau magik kalau kau nak belajar. Tapi, kalau kau sekadar nak tau rahsia magik, aku tak dapat nak beritahu. Maaf!

Cara olahan entri aku juga berubah-ubah. Tak menentu. Kejap macam wartawan. Kejap macam orang tulis rencana. Kadang-kadang jadi macam karangan esei SPM. Kadang-kadang macam orang hilang pedoman. Dan selalunya dipengaruhi oleh blog-blog yang pernah aku baca. Bukan meniru. Sekadar menjiwai perasaan penulis itu jika aku juga menulis seperti mereka. Huh. Sakit jiwa.

Aku taknak berazam. Takut jadi Mat Jenin. Tapi, akan ada beberapa perkara akan aku buat terhadap blog ni untuk meningkatkan trafik jem.
  1. Update setiap hari. Aku cuba. Sebab aku kerja. Tapi aku cuba. Kecuali Sabtu & Ahad. Aku takde kemudahan internet di rumah. Malas nak gi CC. Tapi, ada Catatan Hujung Minggu untuk agar kau dapat tau apa yang berlaku pada hujung minggu aku.
  2. Update entri dalam bahasa inggeris setiap hari Rabu. Atau seminggu sekali. Aku nak juga orang luar negara baca blog aku.
  3. Promosi secara besar-besaran melalui friendster, emel dan ruangan komen di blog-blog orang lain.
  4. Membuat carian untuk idea-idea yang lain. Hahaha.
Tiba-tiba aku menjadi sangat obses terhadap blog. Oh!

Kemaskini pada 20.08.2008: Rupa-rupanya aku baru ada 91 entri. Lagi sembilan tu adalah entri yang tak siap atau dalam bentuk draft. Takpe, nantikan saja entri ke-100 aku edisi ke-2. Hahaha. Pendedahan entri tak siap.