Olimpik Beijing Yang Tipu?

Dicatat oleh PakciQue | 8/20/2008 06:30:00 PM | , , , | 0 Komen »

Teknologi dah semakin canggih. Apa sahaja adalah hampir mustahil. Dengan segala bagai bentuk teknologi, kau boleh dapat apa yag kau nak buat.

Olimpik Beijing rupanya tidak sunyi dari kontroversi. Aku rasa cerita ni macam sedikit sepi kat Malaysia ni. Aku pun tau kebetulan masa aku pergi youtube. Kemudian nampak satu video yang bertajuk "Beijing Olympics Footprint Fireworks" Jadi aku pun buka dan tengok lah.

Videonya seperti berikut.



Video di atas adalah sebuah pertunjukan 29 percikan bunga api berbentuk tapak kaki berturut-turut dari Tiananmen Square ke Staidum Sarang Burung yang berterusan umpama simbolik bagi Olimpik edisi ke-29 telah tiba di Beijing.

Apa yang menjadi isu adalah, letupan-letupan bunga api yang kau tengok tu, sebenarnya adalah CGI. Ia dibangunkan oleh pereka-pereka grafik yang mengambil masa lebih kurang setahun untuk ia kelihan seasli yang mungkin.

Hakikatnya, letupan-letupan bunga api itu memang ada. Penonton-penonton di sekitar luar Stadium Sarang Burung mengesahkannya sendiri. Tetapi, penonoton di rumah pula menyaksikan letupan yang tidak asli. Hanya 3 percikan bunga api yang dirakam dari dalam stadium adalah percikan yang sebenar.

Alasan yang diberikan adalah sukar bagi mereka untuk merakamkan percikan itu secara langsung dengan posisi kamera yang cantik serta tidak membahayakan keselamatan juruterbang helikopter yang mengikut jejak tapak kaki itu yang meletup setiap saat.

Jadi, percikan secara CGI digunakan untuk memberi kesan yang cantik kepada penonton TV di rumah dan penonton layar besar di Stadium seolah-olah rakaman dibuat menggunakan helikopter.

Pendapat aku

Aku suka. Pada aku takde apa yang salah. Yang penting aku suka tengok. Memang cantik dan aku rasa tersentuh. Tidak mustahil sebenarnya untuk merakamkan secara langsung kalau kau memang betul-betul seorang jurukamera dan juruterbang yang gila punya hebat. Cuma hampir mustahil pada percubaan yang pertama. Kena berlatih 2,3 kali juga lah.

Sebenarnya ada lagi satu isu berkaitan dengan Majlis Perasmian Pembukan Olimpik Di Beijing tu. Tapi, aku malas nak ulas panjang-pangjang.

Bacaan lanjut di sini, sini dan sini.

0 Komen