Goda 8TV #05

Dicatat oleh PakciQue | 9/11/2008 10:41:00 PM | , , , | 26 Komen »

Pertama kali dalam sejarah. Aku tak pernah dapat komen sebanyak ni. Wah. Tiba-tiba aku dapat rezeki terpijak pula. Untuk entri Goda episod 4, aku dapat 1719 komen [termasuk 67 komen balas dari aku]. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi memberikan komen. Aku hargai sangat-sangat.

Kalau kau baca komen di situ, ada isu mengenai penggunaan Anonymous. Takpe. Nanti aku update dalam entri yang lain.

Dan mengenai soalan pengambaran pada waktu senja atau pagi. Aku mendapat banyak reaksi. Sehinggakan orang dibelakang tabir bagi drama GODA ini sendiri yang memberikan jawapan yang sebenar. Hakikatnya, aku sendiri menyangkakan pengambaran ini dilakukan pada waktu senja.Ketika Burhan dan Adela naik ke bumbung bangunan, kelihatan, ada kesesakan jalan raya di bawah sana. Aku tak taulah kalu pagi-pagi KL dah jam. Selain dari tu, berdasarkan gambar contoh yang aku beri, kelihatan lampu di KLCC dan Menara KL tidak menyala. Apa maksudnya? Apa hujah kalian?

Ok, kita berganjak ke episod minggu ini. Antara Dua Darjat

Sebenarnya, aku sedang menunggu video GODA untuk minggu ni dimuatnaik. Aku terlepas 2-3 minit awal cerita. Dan aku juga perlu mendengar berkali-kali apa yang M akan kata/nasihat.

Satu: Kent & N

Kent, 23 mempunyai seorang kekasih berusia 25 tahun. Tapi bagi Kent itu bukan suatu masalah. Yang menjadi beban difikiran Kent adalah dia berkasih dengan gadis yang berasalkan dari golongan berada. Sedangkan dia datang dari keluarga susah dan perlu menanggung emaknya di kampung dan adiknya yang belajar di kolej.

Yang menjadikan masalah semakin membebankan adalah bila Kent tidak dapat membelikan hadiah istimewa [dari segi harga] kerana wang yang dikumpulkan telah dicuri. Harijadi Kent 1 hari lebih awal dari N [Kent 22 Ogos; N 23 Ogos]. Dan Kent percaya mesti N dah belikan hadiah istimewa dan mahal.

Hakikatnya, aku sendiri pun kadang-kadang tak belikan hadiah yang mahal-mahal untuk Fara. Tapi, aku suka cari dan belikan sesuatu yang murah pada harga tapi mahal dan eksklusif pada dia. Kadang-kadang benda percuma pun aku berikan pada dia.

"Kent, saya dapat baca yang awak rasa tertekan bila N membelanjakan duit untuk awak. Mungkin juga awak rasa kemampuan awak tercabar. Tapi kalau awak tak berhati-hati, perasaan negetif ini akan meracun hubungan awak. Awak mesti selalu ingat niat girlfriend awak ikhlas. Dia cuma nak awak happy. Kalau awak tak selesa, tunjuk pada dia yang banyak cara lain lagi dia boleh buat awak happy. Sama juga dengan awak. Banyak cara lain untuk awak membuat dia senyum selain hadiah mahal. Dia bukan bersama awak sebab duit. Apa yang boleh awak berikan dia yang orang lain tak boleh bagi." - M

Pergh, sekali N bagi laptop lah. Tapi, aku tak dapat nak tengok dengan jelas, laptop apa yang dia berikan. Aku cuma nampak ASUS je.
Dan aku pernah berikan 'hadiah' slideshow ni kepada Fara. Tapi, aku guna PowerPoint je. Kent, guna apa tah. Tapi, macam video editing punya software je.

Dua: Burhan & Adela | Sanya

Burhan telah berjaya meyakinkan Datuk Razak akan pelan strateginya untuk The Corona. Tapi, bagi Adela, ia seperti ada yang tidak kena. Mungkin idea Burhan tu agak cliche atau dah basi. [Memberikan keychain sebagai cenderahati adalah basi. Tapi kalau disadur dengan emas 24 karat, umpama telur masin. Sedap pada aku, mungkin tidak pada golongan elit itu].

Salah satu sebab, mungkin Burhan tak kenal dengan golongan-golongan yang akan menjadi pembeli berpotensi. Jadi, Datuk Razak mencadangkan Adela membawa Burhan ke Majlis Perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita. Dan buat sedikit kajian pemasaran.

"Hula Hula Happiness!"

Artikel Sanya pula mendapat pujian dari En Zaizal. Tapi, bagi En Zainal, cerita tersebut tidak habis lagi. Dan menyuruh Sanya membuat sambungan. Kemudian menyuruh Sanya membuat liputan mengenai perkahwinan Masnita dan Tengku Tamrin.

Ha, pening Sanya nak fikirkan tajuk artikel yang sesuai. Kalau kau jadi Sanya, kau nak pilih tajuk yang mana?
  • PERSPEKTIF LELAKI SAJA
  • TEKA-TEKI?
  • LAYAK/TAK LAYAK
  • BERI NASIHAT TANPA KISIKIRISIKO/TANGGUNGJAWAB
  • KENAPA BERAHSIA?
[KISIKI tu amende eh?][Terima kasih kepada nuhamuneerah abdhakim atas pembetulan ini]

Tiga: Burhan, Adela & Datuk Razak | Sanya & Jurukamera | Tengku Tamrin & Masnita | Stranger

Burhan sepatutnya dibawa Adela untuk berkenalan dengan pembeli-pembeli berpotensi, tapi ditinggalkan Adela bila dia berjumpa dengan rakannya. Maka, terpaksalah Burhan melepak dengan Datuk Razak dan rakan-rakannya. Tapi, mungkin dia tidak selesa. Maka, dia beredar untuk bersendirian.

"Bagus budak ni. Cerdik Tan Sri. Very bright future. If you are looking for son in law. I recomande this guy" - Datuk Razak

"No, no Datuk. I don't want any son in law that just cleverer than me. It is to dangeraus to me, Datuk." - Tan Sri.

"Hahahahahahahahaha" - Datuk Razak & Tan Sri.

Apa jenis lawak ni? Lawak orang kaya ke?

Kemudian, Burhan berjumpa pula dengan seorang lelaki misteri lakonan Zaidi Omar. Dan ternyata lelaki ini telah memberikan Burhan sedikit idea tentang bagaiaman menarik minat pembeli terhadap The Corona.

Adegan Sanya menemubual Masnita membuatkan aku tergelak. Terutama bila Masnita memarahi seseorang.

"Tina! Tina! Baju Hawai mana haa! Macam mana designer tak sampai-sampai lagi. Apa terhegeh-hegeh sangat ni. Dari Kelantan ke apa?! Errghhh!" - Masnita

Empat: Zerry Zamri & Hatta Dolmat

Sudah. Bila dua pereka fesyen bergaduh. Aku yang tak pernah tempah baju kat pereka fesyen pun pening kepala. Tapi, kelakar lah. Walaupun lakonan mereka tak berapa sangat. Tapi, membuatkan aku tersenyum sorang-sorang.

"Masnita!" - Zerry Zamri & Hatta Dolmat.

"We have a problem." - Hatta Dolmat

"Hey Hatta Dolmat. Siapa suruh kau buat skirt yang warna hijau tompok-tompkok purple. Hello, Setan mana yang nak pakai ni?" - Zerry Zamri

"Hello, habis tu kau nak suruh aku buat skirt nipis biar suma orang tengok bra kau yang bijik dua ketul yang terang benderang ni. Tolong lah Zerry Zamri." - Hatta Dolmat

"Eee, Oh my god! Habis tu I nak pakai baju apa?!" - Masnita

"Sayang. Pakai skirt I ni sebab I ada bawa bra best dengan you. Memang cantik untuk you. You jangan risau." - Hatta Dolmat

"Hey Hatta Dolmat. Kau saja kecik keji kan. Kau memang nak sabotaj aku kan!" - Zerry Zamri [Thanx to Zery Zamry]

"Hey Zerry Zamri. kau pergi balik. Kau pakai bra kau yang ..." [aku tak dapat nak tangkap dialog dia. Tolong aku.] - Hatta Dolmat

"Kau saja kan nak sabotaj aku!" - Zerry Zamri

Ulasan

Episod minggu ni sebenarnya kurang memberi impak kepada aku. Mungkin salah satu sebab, tugas M dikurangkan pada episod kali ni sebab nak beri laluan kepada watak Tengku Tamrin dan Masrina. Cerita Kent dengan N pun selesai dengan terlalu mudah. Jadi, kurang impak.

Tapi, aku suka dengan karisma Zaidi Omar yang cuba membantu Burhan. Dan nampaknya dia tahu apa yang Burhan mahu. Walaupun mula-mula aku ingatkan dia merupakan seorang yang bekerja di syarikat pesaing.

Scene under water sangat cantik. Sekurang-kurangnya aku terhibur juga dengan shot-shot begini. Walaupun adegan Burhan terhantuk kepala di dinding kurang meyakinkan, tapi adegan dia jatuh ke kolam dan terapung-apung seketika sebelum tenggelam nampak sangat cantik dan meyakinkan.


Dan shot-shot makanan juga cantik. Nasib baik GODA ditayangkan malam. Kalau sebelum waktu berbuka, terGODA tau. Ni pun, masa tengah nak muatnaik gambar ni pun, tiba-tiba perut aku berbunyi. Huhuhu.

p/s: Walaupun banyak spekulasi berkenaan pelakon yang memegang watak M. aku berharap wajah M tidak disiarkan. Walaupun pihak penerbit memberitahu siapa yang meminjamkan suaranya untuk M. Tapi, janganlah di dedahkan wajah M. Biarkan rahsia. Sama seperti watak Charlie dalam Charlie Angels. Biarkan sahaja M terus menjadi misteri.

p/s/s: Oh ye, salah seorang komenter menyuruh aku meneka siapakah dia berdasarkan kredit di akhir drama GODA. Hm, kepada Cik Behind GODA, boleh bagi 1,2 hint tak? Saya ni seorang pemerhati, bukan tukang tilik walaupun saya ni seorang magician. Hehehe.

ihsan: http://www.8tv.com.my

26 Komen

  1. Anonymous // Friday, September 12, 2008 1:15:00 AM  

    ee x sangka drama Goda nie boley mencetuskan idea anda untuk membuat blog ni..!

    anyway teruskan usaha anda..
    suke sangat thanx
    -sceret-
    :)

  2. Anonymous // Friday, September 12, 2008 3:25:00 AM  

    hey...betul la shoot di waktu subuh....cal time kami jam 4am tau...ingat senang ke nak shoot atas bumbung pagi2 buta?mungkin time 6am onwards banyak kenderaan dah mula masuk kota...maklumlah kalau terlambat seminit pun,jam berjam-jam....and lampu klcc terang-benderang pun sampai pukul berapa je???cuba awak survey...dlm 2-3am selalunya dah tutup lampu klcc...cuma bhagian atas dan tgh saje yg menyala...takut kene rempuh dek kapal terbang kan???hmmm...kenapa tak update ep5???nabila did an awesome job kan???!!!i cant stop laughing!!!i love your effort la dude/babe!!!

  3. PakciQue // Friday, September 12, 2008 9:43:00 AM  

    BLOG UPDATE!!!

  4. Anonymous // Friday, September 12, 2008 9:48:00 AM  

    dafyz: Terima kasih atas sokongan anda. Diharap anda juga tidak jemu terus melawat ke blog saya dan memberikan komen-komen anda. Kritikan dan pujian sangat diterima.

    aderaz: i'm dude. anyway..tq 4 the info.. & yup..nabila mmg beast..kelakar terutama dialog marahkan designer yg lambt sampai..

  5. Azwani Shaari // Friday, September 12, 2008 3:52:00 PM  

    owhh pakcik.. aku kena donlod dulu baru leh enjoy jalan citer ko.. newayy dah ada fan goda nampaknya.. wah wah wah.. glemer pakcique aku ni:D

  6. Nuha Muneerah Abd Hakim // Friday, September 12, 2008 6:02:00 PM  

    hmm.. i think that KISIKI tu sbnarnya RISIKO lah.. her penmanship maybe serabai sikit kot. haha.

    p/s: sy terlepas tgk ep 5 ! trleka tgk amazing race asia. ;'(

  7. Anonymous // Friday, September 12, 2008 11:11:00 PM  

    hello pak cik. i think u did an awesome job by writing this blog about GODA. it gives me more understanding about this movie. i can see things from every perspective after reading your review. good job!

    erm tp satu je, yg part burhan pengsan jatuh kolam tu kan.. y did that lelaki misteri macam buat tatau je? macam biar je burhan tenggelam.. the shot mmg lawa but nmpk sgt that mystery guy just tgk je burhan lemas.. huhu..

    anyhoo, keep up the good joB! i'll visit ur blog for the review after watching the series. see you next week with episode 6~ :)

  8. Anonymous // Friday, September 12, 2008 11:13:00 PM  

    i think i already saw M face somewhere. hahahhaha tunggu sampai last episod lah for confirmation.. itupun kalau reveal lah.

    btw, sapa yang pinjamkan suara untuk M?

  9. cikin mohd // Saturday, September 13, 2008 10:59:00 AM  

    pakciQue...
    is it BURHAN drowned on the last week episode?

  10. PakciQue // Saturday, September 13, 2008 10:59:00 AM  

    Azwani Shaari: Hehehe..Aku takde gile populariti..cuma aku gila traffic je..boleh? Then..jgn lupa dunlut cepat2..cerita dia semakin mendebarkan..ahakz..

    nuhamunerah abdhakim: terima kasih atas pembetulan itu. dan saya dah betulkannya.. n nice to know you.. eh..amazing race asia yang si ida nerina join tu dah start eh..?

    that.loud.accountant.to.be: TQ atas pujian tu..huhuhu..kembang kejap hidung nie..ok..psl mystery man tu buak dek je...my opinion is..dia akan terjun n save burhan, pd episod minggu depan..agak susah nak xplen..hm, i hope miss behindGODA boleh bg sedikit penerangan..

    nyza: mne awak tengok muka M? hm..based on trailer on gua.com.my akan ada episod M mendedahkan identiti. but I wish it not happen. untuk tahu siapa yg pnjmkan suara utk M, boleh rujuk entri GODA episod 4.

  11. melor // Saturday, September 13, 2008 3:37:00 PM  

    pacik..memang tu lawak orang kaye. orang2 kaye takot nk dpt menantu bijak (or licik) sangat.nanti abes harta dikebasnye.hehehe

  12. PakciQue // Sunday, September 14, 2008 2:37:00 PM  

    Cikin: yup..burhan jatuh dalam kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebab terhantuk kepala di dinding..tak dapat pastikan sama ada dia lemas atau tidak..tp berdasarkan preview di hujung siaran..dia dapat di selamatkan..

    l.o.l.i.t.a.: Hm...nampak logiknya di situ..n thax sbb sudi membaca blog saya n memberikan komen..

  13. Anonymous // Sunday, September 14, 2008 2:57:00 PM  

    suke la u wat review blk psl drama goda ni... siap ltk gamba2 lg.. sume dialog yg bes2 u tulis.. siap komen psl teknik shooting... keep up the good work... leh bace utk mngisi mase boring.... ;)

  14. Anonymous // Sunday, September 14, 2008 3:50:00 PM  

    Ha Pakcik Q...

    Yes bumbumng scene was shot during the golden hr, crew was there since 2am-ish on location. then trying to panjat panjat tangga to go to roof..somemore ada delay tunggu keys ... carry equipment, set up etc..penatnya.. But memang beautiful KL in the mist of morning.

    EP5
    Yes..it looked like as if the scene where Burhan hits his head looked unconvincing..But we've done tht shot many times & our actor really actually knocked his head on the wall until bengkak!! ada Bunyi lagi..haha So Yeah pity it didn't show..

    Well for the rest who wants to know what happens, tune in this wk for ep 6.. The excitment continues, Nabila plays a great character!!

    As fot the Hints: Dah tell u I miss kan?. Give u anymore... Then u dah tahu la...

  15. Anonymous // Sunday, September 14, 2008 10:51:00 PM  

    Hi there,

    Citer ni not bad la. Lain dari citer kebiasaan melayu lain yg aku agak mual, itu pasal aku pon buat review jugak, hehe.

    Anyway. Great in depth review there.

  16. Ho Soon Yoon // Monday, September 15, 2008 12:24:00 AM  

    Hi thanks for the message, I played Conrad in Goda Episode 3..

  17. Anonymous // Monday, September 15, 2008 8:54:00 AM  

    hi PakciQue, NICE review bro! i'll be visiting again.. hihi
    M itu mmg sgt misteri, tapi i ada bace in one blog yg reveal identity si M tu..but cant recall the blog..
    Neways, keep up the entry2 yg mengGODA ini ok!

  18. PakciQue // Monday, September 15, 2008 8:58:00 AM  

    islahn: Thanx 4 the comment n the compliment..aku akan teruskan update psl GODA setiap minggu..sampai episod ke8..dan aku harap ade season ke-2.

    behind GODA: Yg scene bumbung tu..buat kat bangunan kosg/tinggal kan..?not look like top of office building..

    And yup..tak sabar nak tggu episode 6..sbb nmpk mcm byk misteri yg dpt dihuraikan sedikit..atau usaha burhan semakin susah...

    Huhu..kedekut hint tol...xpe..i try to figure out who u r..

    luq: thank you..and hope to see your comment again on next episode..

    ho soon yoon: owh..i see..hm. anyway tq coz singgah n comment

  19. BLUEBIRU // Monday, September 15, 2008 11:48:00 AM  

    PakciQue pun dh mcm Mr. M ... ada blog sendri.. cayala!

  20. Anonymous // Monday, September 15, 2008 5:51:00 PM  

    do u know wan 2 know who is M?go to this link,http://crookedlittlemind.blogspot.com/2008/08/cricket.html according to his sister, M will be come out in last two episodes of GODA.

  21. Anonymous // Monday, September 15, 2008 5:54:00 PM  

    i suspect 'aderaz' who left 2nd comment was M actually..its juz my hunch..

  22. zeryzamry // Monday, September 15, 2008 9:32:00 PM  

    ermm owhh siap ade blog pasal goda ek..hehe
    ermm kami as designer macam spedial appearence jer..tolong menjayakan siri goda ni hehe

    n my dialog tu bukan kecikkan..it was KAU MEMANG KEJI KAN!!!!! hehehhe
    ermmm tq 4 the review..
    i tengok balik pun sangat kelakar yer...n take kami berdua saja lama sangat dan berulang-ulanbg..hahahahasampai director puas hati...hehe

  23. PakciQue // Monday, September 15, 2008 10:16:00 PM  

    shatz: TQ 4 the comment n compliment..harap datang lagi minggu depan 4 da next review..aku ade gak baca kat somewhere yg bgth siapa yg meminjamkan suara untk M..tp mcm yg aku bgth..aku tak kisah pun kalo diberitahu siapa yg menjayakan watak M tu..tp untuk cerita GODA..aku harap semua org xtau siapa M terutama Sanya.

    BLUEBIRU:Aku bukan M...aku P utk PakciQue..xpon N untuk Noorhidayat. Hehehehe. ape2 pon TQ sebb sudi singgah n komen. Nnt dtg lagi..jgn segan2...masuk je..

    zul: Aku dah g link yg ko bg tu...hmm...spekulasi semakin kuat...maknanya bukan zizan nin spt yg digembar gemburkan..

    zul: Kenapa ko rasa 'aderaz' tu M?

    zeryzamry: Yeah...mekacih..mekacih sbb sudi singgah...kesilapan telah dibetulkan...well..skrg ni tunggu hatta dolmat plak singgah n give some comment..

  24. kayroll // Tuesday, September 16, 2008 1:21:00 AM  

    nice review, ni 1st la aku puji drama melayu..sblom ni nk tgk pn malas tp Goda is quite different..citer ni based on real life ke??

  25. PakciQue // Tuesday, September 16, 2008 2:14:00 PM  

    kayroll: Cerita ni tak based on real life..tp dekat dengan diri penonton...masalah yg kebanyakan lelaki lalui...
    Anyway..thanx 4 visiting n commenting ...

  26. Anonymous // Wednesday, September 17, 2008 11:49:00 AM  

    ah,Pakck Q:

    memang roof top scene taken on top of Office!!DBKL actually..ahahahha

    As for hints..bukan kedekut... tetapi.tak banyak "Miss" la on the crew.. So easy to find...

    Good luck.. hahah mungkin after ep 8, see u get it or not...

    catch GODA ep6 tmrw.. one of my fav eps!!