Entri Khas Hari Jadi ke-25

Dicatat oleh PakciQue | 9/24/2008 01:58:00 PM | , , | 5 Komen »

Alhamdulillah. Dah bertambah lagi umur aku. Telah satu langkah lagi ke alam dewasa. Tapi, satu kaki lagi masih di alam kanak-kanak. Kah kah kah.


Maxis/Hotlink menawarkan panggilan percuma sepanjang hari ke sebarang nombor maxis. Jadi, sepanjang hari ni, aku telah menelefon kawan-kawan aku yang ada di dalam senarai buku telefon aku. Sekarang ni baru sampai huruf J. Aku paksa dorang nyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" untuk aku. Aku rakam nyanyian dorang. Dan kalau esok sempat, aku akan uploadkan nyanyian mereka itu. Ok?


Aku juga telah mendapat kad Hari Jadi dari Enveluv. Siapa yang hantar? Aku sendiri lah. Hahaha. Takde kerja lah tu.


Selamat Hari Jadi Kepada Diri Sendiri Yang ke -25 Tahun.
Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki Dan Dipermudahkan Segala Apa yang Diinginkan
Dari Dirimu Sendiri
-Hidayat-
Kepada yang nak hantar Kad Hari Jadi pada aku, boleh lah hantar ke Alamat ni. Boleh gunakan perkhidmatan enveluv kalau tidak mahu keluarkan duit.

5 Komen

  1. Tuan Kedai // Wednesday, September 24, 2008 2:45:00 PM  

    Happy Birthday To You

    Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.

    World Of Mohd. Azizwan

  2. Anonymous // Wednesday, September 24, 2008 5:11:00 PM  

    semoga dipanjang umur dan dimurah rezeki..

  3. Nuha Muneerah Abd Hakim // Wednesday, September 24, 2008 5:20:00 PM  

    hey ,
    sry for d late wish.
    happy birthday ! :)
    all the best in your life ,
    and may all your wishes came to be true !

  4. PakciQue // Wednesday, September 24, 2008 9:32:00 PM  

    Mohd. Azizwan: Trimas bebanyak..!

    hatta7: Mekacih banyak2!

    nuhamuneerah abdhakim: TQ very the much!

  5. cikin mohd // Thursday, September 25, 2008 12:09:00 AM  

    eh brO?
    besday ke?
    hepi besday
    nk kad besday ke?