Goda 8TV #04

Dicatat oleh PakciQue | 9/06/2008 11:24:00 AM | , , , | 22 Komen »

Kah Kah Kah. Pecah perut aku tengok Goda episod kali ni. Penuh dengan dialog dan adegan yang lucu. Tak kurang juga beberapa shot yang cantik. Akan aku huraikan satu persatu mengikut plot dan sub plot. Apa-apa pun, ini adalah episod terbaik setakat ini.

Pertama: Deen dan Zora

Isunya. Masalah komitmen. Deen seolah-olah takut untuk memberikan komitmennya kepada Zora. Dia takut untuk berbincang tentang masa depan mereka dengan Zora. Itu yang buat Zora bengang dengan Deen sehingga mereka terpaksa berjumpa dengan Kaunselor. Hakikatnya, Deen memang sayangkan sangat Zora.

Deen, memang hantu bola, sampaikan masa dia telefon M untuk dapat nasihat pun, dia banyak menggunakan terma-terma bola sepak. Metafora namanya. Tapi, Deen ni nampak macam sengal juga.

"Deen, try steping into Zora's shoes for a moment". -Kaunselor

"Step into her shoes? I always do that what? Zora nak beli kasut, I follow". - Deen

Sudahnya, Zora mengajak Deen untuk berpisah seketika. Suatu kejutan bagi Deen. Jelas menunjukkan Deen tak boleh hidup tanpa Zora. Dan sanggup lakukan apa sahaja agar hubungan mereka kekal termasuk berjumpa dengan kauselor seperti yang dicadangkan oleh Zora.

Dan kerana kasut, Deen pergi tempah kasut [custom made] yang menepati ciri-ciri yang ada pada Zora untuk dihadiahkan kepadanya.

Kedua: Sanya dan M

Masih dengan misi 'jahatnya'. Kali ni, Sanya bertindak lebih agresif bilamana dia telah meminta rakanya, Budi untuk membuat panggilan ke M dan menyamar konon-kononnya ada masalah.

"Ok, nampaknya kita dah ada pemanggil seterusnya untuk malam ni. Hello, M di sini. Dengan siapa saya bercakap?"

"Ah. Bu..."

"Bu Bu Bu..?"

"Bu..Kan..Ah, Bu.."

"Ok, nampaknya gementar sikit kawan kita ni. Apa kata kalau you ceritakan dulu latar belakang you."

"Ehem! Actually, I 45 tahun. I Ada masalah. Hm, Tak boleh puaskan my wife. So, apa yang harus I lakukan M?"

"Ok. Hm, Bu Bu Bu...?"

"Bulldozer?"

"Ok Bulldozer. Masalah you ni sebenarnya normal dan takde apa yang nak dimalukan. Yang penting sekali komunikasi. Bincang dengan isteri you tentang apa yang dia suka. You boleh belajar skil baru. Contohnya mengurut dengan minyak-minyak aroma. Be creative. Hubungan kelamin tak semestinya fokus pada satu benda sahaja. Don't limit yourself. Dunia asmara tu memang luas, Bulldozer."

Talian Putus.

"Hello, are you still there? Takpelah, kita ucapkan good luck pada Bulldozer."

Memang pecah perut lah. Tapi, apa yang M katakan tu memang benar. Kepada yang dah kahwin dan bakal kahwin tak lama lagi, gunakan nasihat M sebagai rujukan ok.

Dan dek kerana panggilan telefon tu, Sanya telah berjaya menyiapkan artikelnya yang pertama mengenai M bertajuk... Err, sebenarnya mana satu eh. Dalam email Sanya, dia letakkan nama tajuk sebagai "Siri Mengenal Cinta". Tapi, dalam akhbar, "Tip Menggoda atau Memperdaya?"

Ketiga: Burhan dan Adela.

Peluang kedua. Itulah yang dapat dirumuskan bila Adela memaafkan kesilapan Burhan walaupun dengan berat hati. Dan Burhan perlu menggunakan peluang tu untuk memikat semula hati Adela dengan menghasilkan pelan strategi pemasaran baru yang lebih baik.

"Nampaknya Adela dah beri awak peluang kedua. That's good news, Burhan. Tapi... takde gunanya peluang kedua kalau awak hanya akan ulangi kesilapan dulu. fikir baik-baik. Apa yang awak boleh ubah ataupun buat cara lain. Tapi, jangan pula sampai awak berpura-pura jadi orang yang bukan diri awak sebernya. You have to be clear. How you can do things better but still be yourself." - M

Pasti tergelak bila melihat Adela mengubah personaliti Burhan dengan membelikan pakaian yang baru serta gelagat Adela di bilik persalinan. Tidak kurang juga mimik muka Adela yang cute bila melihat Burhan menggoda wanita yang sedang membaca novel "Kite Runner" tulisan Khaled Hosseini. Sebenarnya, Adela yang paksa Burhan pergi menggoda wanita itu selepas dia nampak, wanita itu memperhatikan Burhan.

Dan sudah semestinya, adegan bermain layang-layang di atas bangunan adalah suatu yang membuatkan aku tersenyum. Idea romantik yang patut kau aplikasikan. Berikan kejutan pada yang tersayang. Shot yang cantik. Tapi, aku ada satu soalan. Kau rasa semasa pengambaran tu, dibuat betul-betul pada awal pagi atau sebenarnya di buat pada waktu senja yang seakan-akan pada waktu pagi? Sila tinggalkan jawapan kau diruangan komen ok.

Klu ada di sini

"Peluang kedua jarang datang. Sesiapa yang dapat, hm, memang bertuah. Tapi tak semuanya tahu nak hargai. Ramai yang buat balik kesilapan lama. Bukan sengaja. Cuma, mungkin tak tau apa lagi nak dibuat. Jadi jangan takut nak minta bantuan. Segan bertanya, sesat jalan kan? Kalau malu nak telefon saya, carilah kawan yang lebih berpengalaman..." -M

Ulasan

Seperti yang aku katakan tadi, ini adalah episod yang terbaik setakat ini. Aku sangat puas. Dan aku tak bosan mengulang tonton episod ini di web 8TV. Dan kalau kau perasan, terdapat pengiklanan dari penaja yang diletakkan pada tempat yang betul [Syampu Clear]. Sekali ditunjukkan Burhan menggunakan syampu tersebut di bilik mandi. Dan 3 kali perkataan Clear digunakan. Cuba ulang tonton semula. Dan kau akan perasan akan hal ini.

Kesilapan teknikal sekali lagi. Kau perasan tak yang PC di pejabat Burhan semuanya gelap. Aku tak rasa ia akan sebegitu kalau di shot oleh kamera. Tapi, aku rasa ia sengaja tidak di hidupkan sebab nak mengelakkan monitor komputer itu berkelip-kelip bila di shot. Satu lagi,masa Sanya hantar email ke Bos dia, En. Zainal berkenaan artikel yang telah dibuat tu, kalau perhati betul-betul sebenarnya email tu kena tendang semula sebab email tu tak wujud. Tapi, sebelum Sanya berangkat pergi, kedengaran satu bunyi dari tempat En. Zainal yang menandakan ada emel baru masuk.

Dan terdapat pula spekulasi yang mengatakan bahawa M itu adalah lakonan Zizan Nin. Hm, nampak macam dia. Tapi, aku lebih suka kan elemen kejutan walaupun aku sendiri nak tahu siapa yang memberi pinjam suaranya untuk M, tapi lebih baik identiti M terus di rahsiakan.

Kredit: http://www.8tv.com.my


22 Komen

  1. Azwani Shaari // Saturday, September 06, 2008 5:01:00 PM  

    Pakcique,
    aku x pernah tgk citer ni..tp mcm besh jek gaya ko citer..kena tgk pasni laaa..hehe

  2. Anonymous // Sunday, September 07, 2008 6:38:00 AM  

    i love dis drama... n d way u make d sinopsis make me more love dis drama..
    thumbs up 4 u!

  3. PakciQue // Monday, September 08, 2008 9:55:00 AM  

    Shie: Ni shie mne..?shieta ke..?ahakz..sekali sekala rajin gak ko melawat blog aku kan..ko bile lagi nak berblog..? Ape2 pon TQ for the compliment.. Aku mmg minat sgt citer ni..sampai aku sanggup chop TV setiap hari khamis..nasib lah sape yg nak tengok Kekasih ku seru..

    Wani: Aik, ko tak pernah tengok ke wani..?wah..rugi-rugi..tp ko memang tak patut tengok..patutnya Mr. Wani ko tu yg patut tengok..

  4. Azwani Shaari // Monday, September 08, 2008 8:36:00 PM  

    o0o0o..padan laa aku xpernah tgk.. clash ngn kekasihku seru rupanya.. budak umah ni layan tv3 maa.. mr wani pun layan kekasihku seru daaa :D

  5. PakciQue // Tuesday, September 09, 2008 6:52:00 AM  

    Owh..dah agak dah...jadi sementara masih lagi 4 episod dengan stp episod stgh jam..dan ade mobile broadband..gunakanlah kuasa ko untuk menonton di web 8tv..

  6. cikin mohd // Tuesday, September 09, 2008 12:56:00 PM  

    i rase kan ade shot yg die wt time senja + 1 shot ag time early mOrning...pakcique rase???

  7. PakciQue // Tuesday, September 09, 2008 1:06:00 PM  

    Nope..dia takkan nak buat 2x shot..susah nnt nak jaga konti [continuity]..

    Nak tau ke jwpn nye..?Jap eh cik cikin..tggu my friend tu teka dulu...

  8. Anonymous // Tuesday, September 09, 2008 1:53:00 PM  

    aku try jawab, rasa-rasa time senja...

  9. Adzie // Tuesday, September 09, 2008 2:28:00 PM  

    tu la pasal. menci gak ngan budak anonymous nih.. so, i just blocked them. huh. btw, mane u dpt pic Goda? especially time Adela ngn Burhan tuh..

  10. Anonymous // Tuesday, September 09, 2008 5:29:00 PM  

    kepada Cik Adziee :
    Semoga tak tersinggung, tapi pada pendapat saya, tak salah jika saya tinggalkan komen saya tentang ulasan Goda yang di buat oleh Pakcique, yang jelasnya, saya langsung tidak "mencarut" atau tulis yang bukan-bukan dan semestinya sapa-sapa pun bole leave a comment kan? Saya pun suka baca blog ni..best apa..Sorryla kalau awak rasa kehadiran saya ni, "mengganggu ketenteraman awak ye?!"

    Kepada Pakcique : Saya memang minat ulasan Goda awak, tapi jika awak juga rasa kehadiran saya mengganggu ketenteraman, maafkan saya..saya benarkan awak tegurla saya dan cakap

    p/s : Haih...orang minat baca blog pun salah...kadang-kadang pasal ni la buat orang hilang minat..

    Pakcique,Sorry jika awak rasa saya memang bersalah..It's up to you to decide..

  11. Anonymous // Tuesday, September 09, 2008 5:36:00 PM  

    Tolong jangan samakan saya dengan budak anonymous yang lain...

  12. Anonymous // Tuesday, September 09, 2008 10:22:00 PM  

    anonymous: Kenapa anda kata waktu senja? Sila huraikan hujah anda.

    Adzie: Hmm...saya print screen dari video GODA yang saya tonton dari web 8TV. Dan saya perhatikan, orang suka baca blog yang ada gambar sekali. Kan?

    anonymous: Ni org yg sme ke..?Hm..sebab 2 tak berapa digalakkan menggunakan nick anonymous. Saya pon nak kenal dengan anda juga. Kalau anda gadis, mungkin saya boleh menggoda. Atau kalau anda lelaki, mungkin saya boleh berikan beberapa tip supaya anda lebih yakin bila berhadapand engan wanita. Ahakz.. berkenaan dengan komen adzie..harap anda tidak tersinggung dan salah faham. Sebenarnya, dia membalas komen yang saya berikan di blog beliau. Sila rujuk link ni http://adzieelicious.blogspot.com/2008/09/this-post-to-fucking-bitch-anonymous.html Beliau bukan merujuk kepada komen anda di blog saya. Ape2 pon, TQ atas pujian anda terhadap ulasan GODA saya. teruskan membaca untuk episod kelima nanti dan salam perkenalan.

    anonymous: setiap anonymous mmg berbeza karektor kecuali satu. Tidak dikenali kerana tiada identiti. Saya tak kisah anda menggunakan nick yang pelik2 atau yang merapu asalkan saya tahu, ia adalah org yg sama. Itu sahaja. Hm, nampaknya, saya kne buat entri berkenaan dengan anonymous nie..hehehe

  13. Anonymous // Tuesday, September 09, 2008 11:50:00 PM  

    ola Pakcik Que...

    Well well well..it looks like we have a very observant GODA fan here! I'm impress !! Good job in catching all those shots..& details on script as well.

    Yes, computers were not on for 2 factors. blinking & also permission..haha.. office comps were confidential.. So can't on them when shooting..

    Well...enough guessing?.. BUt yes.. this kite flying scene was shot in the morning ..Very awal in the morning.. It was shot from 2am - 7am.. the crew worked almost 20hrs shoot that day for this roof top scene..It was great & beautifully shot scene!

    cheers & keep watching

    fr the ppl behind GODA...

  14. Anonymous // Wednesday, September 10, 2008 8:43:00 AM  

    Ala encik anonymous, npe guna anonymous...letak la nama..huhuhu...sekurg2nye guna option name/url..jd dpt le tau nama spe kan...

    anyway..thanx for the compliment...mmg observant gile..sebab setiap apa yang M cakap, perlu di ambil kira sbgi tips dan nasihat yang berguna..
    Cerita yang sangat dekat dengan kehidupan...
    Thanx again..

  15. Anonymous // Thursday, September 11, 2008 1:08:00 AM  

    Actually..its Miss.. Miss anonymous..
    well ..more fun right..

    see how observant u r if u can catch the credits at t end & find out which crew member is writing this.hahah....

    watch ep 5 tmrw on 8tv!

  16. Anonymous // Thursday, September 11, 2008 1:31:00 AM  

    i rasa org yg buat blog ni....org belakang tabir jgk kot...coz you kinda know every detail...!!!every little detail...!!im very very very impressed!!!and btw,the rooftop shoot was shot really early in the mrng...5am-7am....it was really tiring....but it was worth it!!!the shot is superb!!

  17. PakciQue // Thursday, September 11, 2008 10:34:00 AM  

    miss behind GODA: Wah..ini satu cabaran la ni erh...ok...gimme until i update the next episode of GODA.
    Sistem feedjit saya mengesan, ada orang masuk ke blog saya melalui link yang dihantar/disebarkan melalui webmel red. adkah anda org nye...?

    Aderaz: I wish to be the part of them. Tp, bukan le. Aku juz exec akaun je..tp cerita2 yg dekat dengan realiti kehidupan ni, aku suka. terutama cerita seperti GODA ni..sebb aku juga dulu mungkin salah seorang yg perlukan khidmat M.

  18. Anonymous // Friday, September 12, 2008 3:29:00 AM  

    hey kenapa ada 2Aderaz????!!!!!copycat

  19. PakciQue // Friday, September 12, 2008 9:50:00 AM  

    aderaz: what you mean by 2 aderaz? you mean ade org lain guna nick u? then register it with blogger..

  20. Nuha Muneerah Abd Hakim // Friday, September 12, 2008 5:51:00 PM  

    eiyhh... drama ini sangatt bestt okayy:DD btw, love to read ur review. and i'll definitely will be craving for more. haha

  21. ~BEE~ // Monday, September 15, 2008 12:54:00 AM  

    saya tengok GODA sebab saya rasa best...realiti kehidupan...kalau la M tu wujud d dunia realiti ni lagi bagus...ada sesapa nak jadi M?

    org d belkang tabir...suara je ada, rupa x tunjuk...tapi, suara dia sebijik suara Zizan Nin...sorry ler kalau salah...ehe

  22. Samdaddycool // Thursday, October 09, 2008 9:57:00 AM  

    review PakciQue membuatkan aku terpanggil utk tonton Goda.. (aku dah tak berkesempatan tgk tv sekarang ni..)

    Good job PakciQue!