Hutang

Dicatat oleh PakciQue | 9/04/2008 12:29:00 PM | | 0 Komen »

Bukan hutang duit. Tapi hutang entri. Banyak betul aku hutang. Entri "Catatan Hujung Minggu", "English" dan "Top 10". Sangat takde masa. Lepas tu, susah nak online selalu. Aduhai. Entri "Goda" baru je siap untuk episod ke-3. Malam ni dah episod ke-4 dah. Lambat lah.

Ok, berkaitan dengan hutang, aku nak kongsi sikit pasal Kad Kredit. Ramai rakyat Malaysia yang memiliki Kad Kredit ni. Aku tak tahu sangat lah berapa peratusannya. Dan ramai yang jatuh bankrap sebab Kad Kredit ni juga.

Berikut, aku kongsi beberapa Tip Menggunakan Kad Kredit Secara Berhemah - kredit
  1. Bayar jumlah penggunaan kad kredit secara penuh apabila mendapat penyata kewangan bulanan bagi mengelak daripada membayar faedah.
  2. Jangan menggunakan kad kredit jika tidak dapat membuat bayaran bulanan.
  3. Hadkan jumlah kad kredit yang anda miliki.
  4. Jangan menggunakan kad kredit bagi mendapatkan wang tunai pendahuluan daripada mesin ATM. Ini kerana setiap kali anda menggunakan kad kredit bagi mengeluarkan wang, anda meningkatkan lagi komitmen hutang dan sebagai tambahan, anda terpaksa membayar caj pengeluaran dan kadar faedah harian yang tinggi.
  5. Bayar hutang kad kredit sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan daripada membayar caj pembayaran lambat dan penalti.
  6. Awas mengenai akibat hanya membayar pada kadar minimum sepanjang masa.
  7. Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum semasa terlebih dulu tetapi selepas itu anda perlu membayar jumlah penuh dengan secepat mungkin.
  8. Pastikan anda selalu menyemak penyata kewangan bulanan anda bagi memastikan segala urus niaga yang direkodkan adalah betul. Penyata kewangan akan mengandungi juga maklumat transaksi, yuran dan caj, tarikh bayaran akhir dan bayaran minimum. Hubungi bank jika terdapat sebarang kesalahan pada kenyataan kewangan, atau jika anda tidak menerima penyata kewangan anda.

0 Komen