Review: Permintaan Hati - Letto

Dicatat oleh PakciQue | 9/16/2008 10:41:00 AM | , , | 4 Komen »

PDRM sekarang ni sedang giat menjalankan operasi memungut tunggakan saman dari pesalah-pesalah trafik. Dan ini secara tiba-tiba mengingatkan aku kepada sebuah cerita.

Apa pendapat kau bila pegawai berbaju seragam biru ini menahan sebuah van yang membawa sebilangan manusia untuk dibawa ke pusat latihan memandu sama ada untuk menjalani kursus, mengambil ujian undang-undang atau ceramah Pra-L. Kemudian meminta kad pengenalan seorang demi seorang. Dan sebelum beredar, berkata:

Jika ada antara kamu yang mempunyai tunggakan saman lalu lintas, sila jelaskn sekarang.

Ok, sekarang kita berganjak ke ulasan aku terhadapt video klip lagu Permintaan Hati dari kumpulan Letto. Hayati dulu Klip Video Permintaan Hati ini tanpa merujuk kepada lirik. Ok? [Lirik di akhir entri.] Kemudian aku akan buat sedikit review.



Amacam? Aku kategorikan Klip Video Permintaan Hati ini sebagai sebuah Klip Video yang berjaya. Kenapa?
  1. Aku dapat rasa bertapa kecewanya Marsha melalui riak dan mimik mukanya itu. [1:34]
  2. Adegan bermesra di dinding itu sangat menyentuh hati dan feel. [1:59]
  3. Pergerakan kamera ketika babak di tepi kolam yang sangat cantik. [2:28]
  4. Dan yang terutama; konsep Klip Video Permintaan Hati itu sendiri. Flash back + Back To the Future.
Di samping tu juga, banyak penggunaan ayat-ayat puitis yang memberikan makna sangat mendalam. Antaranya:

AKU ADALAH KAMU...! KITA DULU ADALAH SATU...!!!
Kenapa makhluk yang sangat mulia bernama wanita mau diperlakukan kayak gini...?
Seharusnya mereka bikin satu kata baru yang benar-benar bisa ngejelasin apa yang aku rasain ini. Satu kata di atas kata 'SAYANG'... di atas kata 'CINTA'... Satu kata yang artinya lebih dari semua kata yang pernah ada... Kerana kata CINTA nggak cukup mewakili apa yang aku rasain sekarang...!
AKU BUKAN APA-APA TANPA MU...!!! AKU HILANG TANPA MU...!!!
Kasih aku satu alasan... kenapa aku bisa ninggalin makhluk... seindah aku...!
...DAN TERNYATA 'PERMINTAAN' AKU DIKABULKAN...!!!
Maafkan atas semua kesalahan yang belum aku perbuat...
Surat Noe kepada Marsha:

Untuk Marsha Cahayaku...
...Nggak ada kata yang bisa aku sampaikan
selain 'Maaf' dan 'Terima Kasih'
sudah memberikan arti di hidupku yang sempit ini

...aku harus pergi
bukan meninggalkanmu
tapi hanya terlepas dirimu

jika kamu yakin akan ku
maka memang inilah cara yang terbaik
untuk dijalankan...
Cuma sayangnya. Klip Video ini disudahi dengan hanya sebuah mimpi. Perlu ke? Aku lebih suka kalau ia sebuah yang Happy Ending di mana Noe berjaya memujuk Marsha atau Noe yang asal datang dari masa hadapan memujuk Marsha dan mengajak pulang. Boleh? Atau nak lebih horror. Neo berjaya pujuk Marsha. Marsha Terpujuk. Marsha peluk Noe. Marsha nyalakan api. mereka berdua terbakar. Huhuhu.

Kenapa ada pemetik api di hujung mimpi Noe? Ada dua spekulasi dari aku.
  1. Memang itu pemetik api Noe.
  2. Marsha memang benar-benar datang. Tapi, tak sampai hati membakar kekasihnya. Lalu meninggalkan pemetik api itu sebagai tanda dia pernah datang dari masa hadapan.
Bukan niat nak mengagungkan muzik seberang. Tapi, dapatkah kau menafikan sesuatu yang baik dan cantik?

Ok, kau rasa kenapa Noe meninggalkan Marsha? Apa punca sebenar? Ini bukan spekulasi atau main teka-teka. Tapi jawapannya ada dalam Klip Video Permintaan Hati tersebut. Tengok betul-betul. Kau akan dapat jawapannya. Jadilah pemerhati yang baik. Tinggalkan jawapan kau dalam ruangan komen. Ok

Lirik Permintaan Hati - Letto

Terbuai aku hilang
Terjatuh aku dalam
Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang
Yang terhalang kepastian cinta

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Aku hilang
Aku hilang

Tersabut kabut malam terbiasnya harapan
Yang tersimpan sejuta bertuan
Terasa kerinduan hati yang bimbang
Yang terhempas kepastian cinta

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi
Dan berikanlah arti pada hidupku
Yang terhempas yang terlepas
Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu
Kredit: rilham2new | PanTube2u | satcure645

4 Komen

  1. azwan bamadhaj // Tuesday, September 16, 2008 10:46:00 PM  

    huhuh.. memang clip nie best la...

    yang penting lagu dia pun best/....

    kadang2 kita just terima video klip tu seadanya...

  2. Nuha Muneerah Abd Hakim // Wednesday, September 17, 2008 10:05:00 AM  

    okayy ,,
    clip ni sangatt best ..
    menyentuh kalbu betul .
    andd lps tgk dua tiga kali ,
    i know now knp Noe tinggalkn Marsha.
    dia sakit !

  3. PakciQue // Monday, September 22, 2008 10:46:00 AM  

    azwan bamadhaj: Hm, kdg2 kehebatan dan ke'best'an sesebuah vid clip dapat membantu meningkatkan populariti sesuah lagu..

    nuhamuneerah abdhakim: Horey2...pandainye dia..yup..noe sakit...boleh nampak kesan darah di atas kertas yang dia karang...[macam batuk berdarah]

  4. Nuha Muneerah Abd Hakim // Wednesday, September 24, 2008 5:58:00 PM  

    but still kan ..
    knp dia nk tinggalkan marsha.
    i mean, please lah.
    mmg itu maybe for her own good.
    tp dia mcm tk fikirkan perasaan marsha.
    klau sy jd marsha pun,
    mmg dh sah sah kena bunuh si Noe tu.
    tk ada mimpi2 dah.