Blog Sebagai Hobi, Trend Atau Keperluan?

Dicatat oleh PakciQue | 10/07/2008 09:13:00 AM | , , | 12 Komen »

Aku menjadi pelik bila ada orang membuat carian di Google dengan nama carian "tak mahu video punya e-kad hari jadi". Dia nak cari apa sebenarnya? Tapi, bertambah pelik bila hasil carian itu memberikan pautan ke KedaiMagik. Dan bertambah pelik lagi bila Kedai Magik berada dikedudukan pertama dalam carian tersebut.

[klik untuk besarkan]

Kepada pelayar internet tersebut yang tersesat ke blog aku dengan hasil carian ini, sila tinggalkan pesanan kau diruangan komen untuk menjelaskan apa sebenarnya yang kau mahukan. Harap-harap aku dapat tolong.

Ok, kita berganjak ke topik yang sebenar-benarnya. Ia dicetuskan oleh aku sendiri bila aku memberi komen disebuah blog yang aku tak ingat plak blog mana aku komen. [Kebetulan le ni.]

BLOG SEBAGAI HOBI, TREND ATAU KEPERLUAN?

Aku pun tak tau siapa perintis kepada penulisan blog di Malaysia. Tapi, berdasarkan kepada BLOG INI, perintis kepada penulisan blog di Malaysia adalah dari kalangan blogger di komuniti Geng Jurnal pada 1998. Tapi, tu pun orang dah anggap pelik dan tak popular mana pun. Apekajadahnya blog tu. Dan berblog ketika itu bukan semudah sekarang. Kau kena tahu asas membuat web kalau nak berblog. Tidak seperti sekarang yang sekadar beberapa klik sahaja, kau dah boleh menjadi seorang blogger. Tapi, adakah kau seorang blogger yang sejati. Aku?

Kalau dulu, alasan yang mungkin digunapakai kalau berblog adalah kerana hobi sebab tak ramai yang minat nak menulis. Jadi, bagi yang berblog ni pada ketika itu memang kerana hobi mereka adalah menulis. Medium yang paling mudah untuk membolehkan orang ramai membaca luahan hati dan pandangan mereka.

Sekarang, blog seakan-akan menjadi trend/ikutan. Sebab ada antara mereka berblog sebab kawan mereka ada blog. Jadi, ia sekadar satu sifat ikutan atau cuba-cuba saja. Seminggu, sebulan, dua bulan. Blog tu bersawang.

Dulu, penggunaan emel adalah suatu yang baru. Tak ramai orang ada emel. Sekarang, semua orang ada emel. Bukan setakat satu, tapi ada yang mempunyi lebih dari dua akaun emel. Kebiasaannya satu untuk urusan peribadi dan satu lagi urusan pejabat. Itu menunjukkan bahawa emel yang dahulu sekadar satu trend menjadi satu keperluan kepada setiap manusia yang kenal apa itu komputer dan internet. Dan menjadi pelik kalau ada orang tidak mengisi alamat emelnya diruangan emel jika mengisi sesuatu borang.

Dan, tak mustahil. Jika akan datang. Blog adalah suatu keperluan. Satu lagi medium wajib bagi setiap orang untuk berkomunikasi. Sama seperti emel. Dan bukan suatu yang pelik bila ada borang [permohonan/pendaftaran] yang menyediakan ruangan blog untuk kau isikan alamat blog kau di dalamnya.

Tiada yang mustahil dan pelik sebenarnya bila kita bercerita tentang dunia perkomputeran dan internet ni.

Kerana blog juga, kempen membaca sudah tidak perlu lagi kot. Lainlah kalau kerajaan nak buat Kempem Membaca Buku pula. Sebab orang dah tak beli buku. Semua orang baca blog.


12 Komen

  1. Tuan Kedai // Tuesday, October 07, 2008 10:43:00 PM  

    Bg aku, blog kini menjadi

    Hobi - bagi mereka yg benar2 minat dengan blog.

    Trend - sbb dah byk sangat org berblog so ramai juga la yg terikut-ikut. Bg yg ada blog ikut trend ni rasanya cuma hot2 taek ayam.

    Keperluan - bg yang mempunyai something utk disampaikan. kebanyakkannya org2 politik, biz & yg berkaitan.

    Bg aku plak, rasanya aku tergolong dalam trend kot. huhu..

    P/s: komen diatas sekadar pendapat peribadi sahaja. Jika berlaku kesilapan, aku minta maaf bebyk ek!

    Sekian..

    Comment from World Of Mohd. Azizwan

  2. Anonymous // Wednesday, October 08, 2008 8:29:00 PM  

    Tambahan pula, blog jadi bahan jenayah...cth:kes raja petra.tulis punya tulis kena tangkap...hehe

    Beware...

  3. Anonymous // Thursday, October 09, 2008 3:23:00 PM  

    salam PakciQue :)

    sy tak tau la org lain
    tapi sy mmg ske jelajah mende2 kat internet. mula kenal blog masa mula bukak friendster. tak rasa orang akan baca blog sy masa tu sebab bg saya blog tu suka ati saya la nak tulis hape pun...cuma ada la lapik2 sikit (sikit je)

    lepas tu, macam ramai lak kawan2 yg ada baca blog sy dan kawan2 yg lain (sy x penah bace blog org lain) lepas2 tu, bertukar ke blogger sebab saje mencuba. lepas tu kekal..

    ada kawan2 yg sy kenal, blog kerana ajakan kawan2/fmly/sum1 special. tp...apa pun niat derang wat blog...saya harap ia tak menimbulkan perang dunia ketiga :)

    amin~

  4. PakciQue // Thursday, October 09, 2008 5:40:00 PM  

    Mohd. Azizwan: Nice point.. Aku kira dikategorikan sebagai trend..Bukan hobi sgt pon..

    kin: Itu sebabnya kita kena bertanggung jawab dengan apa yang kita tulis..

    nana: Apa maksud perang dunia ke-3? Ape2 pon TQ sebab sudi menjengah nak memberikan komen..

  5. Cybernetics Mind // Thursday, October 09, 2008 6:07:00 PM  

    Salam Blogging [ader ker istilah ni]

    Okeh laa, aku nk citer skit naper aku berblogging :

    1. Mmg aku suka & minat tenet mntenet ni walopun aku tadek b/ground IT langsung.

    2. Aku rasa ketinggalan bila tk tahu berblogging. Aku bangga taw bila aku dpt maklumat yg "fresh" dari blog. Cth cam semalam...aku tahu dari few blogs yg Pak Lah tk akan bertanding dlm pemilihan Perhimpunan Agong UMNO Mac depan dan secara otomatik akan tamat karier sbg PM pd MAC depan....so bila aku bgtau dgn org2 lain...depa kata aku mngarut. Tu laaa bila terlalu taksub ngan TV3 smpaikan apa2 berita yg blum kuar dari TV3 depa org lain akan anggap berita tu khabar angin....bila kuar Buletin Utama haaaaa baru tersengehh mamat2 tuh.

    3. Aku sndiri sbnarnya blogging ni like some sort of escapism jer dari daily life yg agak teratur dan "straight"....bila blogging I feel free...tak yah nk kontrol2 macho, tak yah kontrol2 dari segi protokol, tak yah kontrol2 dari segi pergaulan, tak yah kontrol2 bg pandangan, tk yah jadi hipokrit [so bila semua ni dah blend, aku boleh fikir freely]...bnda2 ni terjadi mungkin psl status, title atau job description yg memerlukan aku jadi manusia yg camtu. So bila aku blogging aku bebas dari semua "pantang larang" tuh....heheheh

    4. Blogging juga satu remedy bg aku maknanya penawar bila aku tension krn aku perasan ada org lain yg akan kongsi aku punya kemarahan, kesedihan ataupun kegembiraan....bila aku lepaskan sumernya kt sini....legaaaaaa rasanya.Kengkadang tu...mmg dok gelak & senyum sengsorang bila baca blog2 yg menarik.

    5. Bila blogging aku rasa aku equal ngan org lain...maknanya aku rasa aku punya pemikiran sama ngan blogger2 lain. Sori to say....rakan2 seusia atau manusia2 yg seusia dgn aku kurang berblogging, infact ada mmber2 sebaya aku heran caner aku boley involved dgn blogging ni. Laaaa, umor got nothing to do wif blogging laaa. Yang syoknya...baru ni ada mmber aku sorang yg kata "aku enjoy baca blog hang....aku rasa mcm penulis blog tu umur 20-an jer...." [hehehe....terus aku perasan muda]

    6. Bila blogging aku rasa tak der generation gap....dgn saper pun aku berkawan & bertukar2 pndapat...even ngan budak sekolah pun boley. Cer bayangkan, dlm real life ada ker budak sekolah yg nk berkawan ngan org2 yg berumur 30-an cam aku ni??? Tu belum lagi bila tahu b/ground status or kejer aku lagi....kompemmm org susah nk get along ngan aku.

    7. Menjana pendapatan sampingan atau mengembangkan business..??? Belum lagi kowt...blum kosenterett bab ni lagi.

    8. Bila blogging aku boley apply sharing concept...apa yg ada dlm kpla aku, xperience, emosi aku...everything laahh.

    Aduihhh terpanjang laaa pulokkk, jgn marah erkkk...kl terus layan pnjang lagi kowt...ahaks

  6. Anonymous // Thursday, October 09, 2008 8:11:00 PM  

    mesej utk kin yg bagi komen : Tambahan pula, blog jadi bahan jenayah...cth:kes raja petra.tulis punya tulis kena tangkap...hehe

    helooo kin, ngko pun kn hati2 bila kuar komen....apa mksud ngko blog jd bhn jenayah???? ngko tanya laa mn2 polis or lawyer....saper2 yg kn tgkp bwh ISA mn ada org kategorikn sbg jenayah beb. kalo melalui blog ngko boley bunuh org, then only you can say blog jadi bahan jenayah...

    lagipun aku rasa ngko sendiri pown tk baca lagi citer yg mnybbkn Raja Petra tu kn ISA kan????so, tk adil laaa kita trlalu judgmental dlm mmbuat komen.

    kalau ngko buat komen tu lepas baca artikel Let’s send the Altantuya murderers to hell tu kira ok laa jugak....tapi kl ngo suka2 jer komen tnpa ada apa2 pengetahuan psl bnda yg ngko sndiri tak tahu...tak adil kan????

    so, kl ngko nk tahu citer yg sbnarnya...gi jngok2 kat sini http://mt.m2day.org/2008/content/view/6604/84

  7. Sha // Thursday, October 09, 2008 11:03:00 PM  

    hmm.. i`m still wondoring who is mr M exactly.. no clues.. nothing

  8. [ tyc00ncyber ] // Friday, October 10, 2008 12:13:00 PM  

    bagi aku blog ni dah nak mcm satu keperluan.

    hobi ~~ kalau mereka yang betul-betul menghayati penggunaan blog. mmg minat tulis life jurnal diorang sendiri.

    keperluan ~~ ni plak utk orang yg jenis buat blog sebab ada tujuan tertentu. puak-puak jenis ni jenis tak suka nak tulis hal peribadi, tapi jenis suka sangat buat blog utk nak cari duit, advertising, promoting dsb. jenis banyak aku tgk gak.

    trend ~~ yang nilah paling banyak aku tgk. ada dua jenis trend yang aku maksudkan. 1st. trend bila org buat blog, dia pun sibuk buat blog tap itak tau nak tulis apa. selalunya blog jenis ni tak tahan lama. hangat-hangat taik ayam je. jenis ni sellaunya diorang nampak blog kau mcm mearik je..aku nak try gak. last-last hampeh.

    yang second ni, puak puak org plitik. bila isu kalah je pilihan raya je, aku tgk ramai org politik ada blog. sebab apa nak ikut org lain nak buat propaganda. trend diorang, org politik ni kena ada trend. kalau nak politician mest kena ada blog sebab boleh sebarkan pendapat, perjuangan dsb. sekarang ni, ko tgkla sendiri berapa ramai politician ada blog. mufti sendiri pun ada blog sendiri.

    mmg betul, nak buat blog mesti kena tau basic website, html, css hosting dsb. yang jenis bog tak tahan lama sebab asal register je dah boleh claim sbg blogger, last2 tanya aku gak, mcm mana nak letak gambar? mcm mana nak edit html. tak true la beb blogger kalau html tak tau. ;)

  9. Tawel Sensei // Monday, October 13, 2008 1:27:00 AM  

    Orang dah mula tulis blog sejak zaman Geocities, Lycos, AngelFire, dan sebagainya; iaitu sebelum wujudnya istilah blog itu sendiri.

  10. PakciQue // Monday, October 13, 2008 8:53:00 AM  

    cybernetics mind: Hm..nice posting..dah mcm tulis entri sendiri plak ko ni...

    poqcique-poqcique: Aku rasa Kin bermaksud yang blog sekarang pun boleh jadi salah satu bahan bukti/sebab untuk menuduh seseorang atas sebarang jenayah...cuma kuat atau tidak saja pertuduhan tu untuk disabitkan hanya berdasarkan kepada penggunaan blog. Apa2 pun, mcm yg aku ckp, kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis..

    Sha: Aku rasa sha dah salah parking komen..apa2 pun TQ..

    [ tyc00ncyber ]: Nice comment...ko pun sama macam buat entri sendiri...

    Tawel Sensei: TQ 4 da info..

  11. Anonymous // Tuesday, October 14, 2008 7:42:00 PM  

    yo. aku wat blog sbb aku bosan xde mende nk wat kt umah. so, aku kt aktegori yg mane nih?

  12. ::farahish:: // Thursday, October 23, 2008 7:31:00 AM  

    bagi aku blog ni mcm online diary... and some sort of luahan perasaan and to release tense yg tak boleh dilepaskan kat lain... some ppl do love to write bout politics... aku malas nak komen on politics as for me politicians just care about earning money... if they wont then they dont =)