Selamat kembali. Selamat pulang. Selamat kembali bekerja. Selamat pulang ke rumah.
Penat? Aku biasa-biasa je. Cuma letih melayan kerenah yang tersayang. Merengek-rengek sebab aku tak dapat beraya dengan dia. Kami hanya beraya di hujung telinga sahaja. Tapi, takpe. nanti hujung minggu ni kita jumpa ok.
Banyak yang aku nak kongsikan dengan kau. Semua cerita pasal raya. Dari malam raya sampai raya ke-5. Tapi, nanti aku buat satu entri Raya Khas ok.
Sebagai entri penyegar selepas kenyang makan ketupat bersama rendang ayam dan kuah kacang serta kelesuan melantak kuih raya hingga keserdaknya, aku nak review sebuah pertandingan yang dijalankan oleh seorang mamat yang aku baru je jengah blog dia hari ni masa sedang bersiar-siar di blogsearch.
Ha! Mesti kau ingat aku yang nak buat pertandingan ni kan. Tapi, bukan lah. Aku memang nak buat. Tapi, aku lihat dah ramai yang dah buat. Jadi, aku sedang fikirkan sesuatu idea yang segar dan baru. Kau ada cadangan?
Apa-apa pun, meh aku ulas sikit apa yang mamat ni buat. Lebih kurang je sebab aku ni bukan jenis suka "salin dan tampal" entri orang sesuka hati. Kalau nak tahu lebih lanjut, klik je kat
Entri ni, bukanlah untuk mengajak kau untuk turut serta dalam pertandingan ni. Sebab, kalau kau join, maka peluang aku untuk menang semakin nipis. Tapi, kalau kau nak join juga, apalah daya aku untuk menghalang. Tapi, aku tetap akan pastikan kau kecundang. [ni ayat jahat ke ayat berlagak?]
Kalau kau memang takde niat pun nak masuk pertandingan ni, apa salahnya menjengah barang semuka dua blog mamat ni dan sebenarnya banyak info yang kau boleh belajar dan ceduk. Mana tau, kau dapat ilham untuk entri terbaru kau dari mamat ni.

Secara asasnya, ada dua kriteria yang penting untuk menjadikan kau seorang juara. Pertama, kena menjadi komentar yang pertama bagi setiap entri yang baru. Maksudnya, kau kena selalu menjengah ke blog mamat ni untuk melihat kalau-kalau mamat ni ada buat entri baru. Dan berebutlah untuk menjadi yang pertama memberikan komen. Dan yang kedua adalah komen terbanyak. Tak kisah kalau kau mungkin bukan yang pertama. Tapi, apa salahnya kau komen juga. Mungkin komen kau lebih bernas dan menarik minat mamat ni dari si komentar yang pertama.
Entri ni, bukanlah untuk mengajak kau untuk turut serta dalam pertandingan ni. Sebab, kalau kau join, maka peluang aku untuk menang semakin nipis. Tapi, kalau kau nak join juga, apalah daya aku untuk menghalang. Tapi, aku tetap akan pastikan kau kecundang. [ni ayat jahat ke ayat berlagak?]
Kalau kau memang takde niat pun nak masuk pertandingan ni, apa salahnya menjengah barang semuka dua blog mamat ni dan sebenarnya banyak info yang kau boleh belajar dan ceduk. Mana tau, kau dapat ilham untuk entri terbaru kau dari mamat ni.
0 Komen
Post a Comment