MAAF KALAU MATA KAU SAKIT BACA ENTRI INI. TAPI, ENTRI NI ADALAH BAGI MEMPERINGATI HARI CAPSLOCK YANG DISAMBUT 22 OKTOBER 2008. LOR. SEMALAM KE? AKU PUN BARU TAHU HARI NI. SECARA TAK SENGAJA.
OK. ULASAN AKU SIKIT. SEBENARNYA MENULIS DENGAN HURUF BESAR SAMA ADA DI DALAM SURAT, ENTRI BLOG, YM, SMS ADALAH SESUATU PERBUATAN YANG AGAK TIDAK BERMORAL DALAM KOMUNIKASI BERTULIS. SEBAB IA MENGGAMBARKAN SEOLAH-OLAH KAU SEDANG MENJERIT KEPADA ORANG YANG MEMBACA.
AKU PUN MEMANG TAK GEMAR KALAU ADA ORANG MENULIS SECARA KESELURUHAN DENGA HURUF BESAR. LAINLAH KALAU ADA BEBERAPA PERENGGAN YANG KAU NAK TARIK PERHATIAN ORANG.
FUH! NI PUN AKU PENING KEPALA NAK BACA SEMULA ENTRI AKU. MEMANG SAKIT MATA LAH ! KAU PUN MESTI SAKIT MATA DAN SAKIT HATI KAN.
JADI, SEMENTARA BELUM BASI LAGI, APA KATA KITA RAMAI-RAMAI TAIP DALAM HURUF BESAR UNTUK ENTRI YANG BERIKUTNYA SEBAGAI MEMPERINGATI HARI CAPSLOCK.
KAU ORANG KOMEN. BAGI LINK. NANTI AKU MASUKKAN. OK?
OH. LAGI SATU. ADA JUGA BEBERAPA GERAKAN YANG MENJALAN KEMPEN ANTI CAPSLOCK. MEREKA MEMBUAT KEMPEN UNTUK MEMBUANG KEKUNCI CAPSLOCK. APA KE GILA DAH.
NAK TAHU LEBIH LANJUT. SILA KE CAPSoff DAN anticAPSLOCK.
APA-APA PUN, IA SESUATU YANG MENARIK BILA TAHU ADA HARI KHAS UNTUK CAPSLOCK.
seriously ?? baru tau pasal hari capslock ni..
pastu ada anticapslock plak dahhhh.. thanx for sharing anyway. =D
j u l i a 。.゜✿: hahaha..tu pun kebetulan je..