Mawi & Ekin | Astro | Perang Rating Bermula

Dicatat oleh PakciQue | 10/24/2008 09:37:00 AM | , | 8 Komen »

Ingat tak pada 2 tahun lepas. Masa Siti dan Datuk K kahwin dulu? Stesen TV mana yang dapat hak penyiaran untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka? Jawapannya adalah TV3. Kan? Secara langsung lagi tu.

Kemudian. Ingat tak apa yang Astro buat pada malam berlangsungnya majlis tersebut di KLCC? Mereka buat program Mawi & Ina si PICC. Ingat lagi tak?

Apa tujuan Astro untuk menyiarkan program Mawi & Ina di kalaTV3 menyiarkan rancangan khas secara langsung majlis persandingan Siti. Tak lain tak bukan adalah untuk memecahkan rating TV3. Tapi, masa tu TV3 tetap menang rating.

Ok. Sekarang ni memang tengah heboh pasal majlis perkahwinan Mawi dan Ekin. Semua orang tau. Dan semua orang nak ambil tahu.

Dan kerana Mawi lahir dari program Akademi Fantasia di bawah Stesen Astro, maka segala bentuk majlis perkahwinan Mawi nanti akan disiarkan secara ekslusif di Astro. [Ria, Awani, Oasis dan Prima].

Jadi, apa yang TV3 akan buat untuk pecahkan rating astro ini nanti?

Kalau masa Majlsi Perkahwinan Siti dulu, hanya ada satu majlis/rancangan sahaja yang Astro mencelah untuk memecahkan rating. Tapi, Astro dapat 4 majlis/rancngan. Apa sekarang yang sedang bermain di dalam kepala Dato Seri Farid Ridzuan ya?

Ulasan aku? Aku takde apa nak ulas. Aku cuma seronok je melihat ketaksuban mereka terhadap perkara ini. Kau orang ulas lah dalam ruangan komen. Aku nak tau apa pandangan kau pula. Ok?

Jumpa lagi.


8 Komen

  1. Anonymous // Saturday, October 25, 2008 11:59:00 AM  

    camna ek pengiraan rating?

    kalau ikut teori kebarangkalian aku yang dangkal ni, aku rasa sudah tentu tv3 yang menang. sebab, tv3 free, astro kena bayo. dan sudah tentulah penonton tv3 lebih ramai dari astro. kan kita semua suka sangat dengan benda2 free nih. huhuhuhuhu

  2. Anonymous // Saturday, October 25, 2008 6:50:00 PM  

    Tak semestinya tv3 free lebih banyak org tengok, ada org beli Astro sebab tempat tinggal tak da coverage kalau tak pakai astro.

  3. Anonymous // Saturday, October 25, 2008 7:20:00 PM  

    tak tau nak komen apa. huhu..

    cuma apa yg aku nak kata ialah mereka ini x tumpah seperti para blogger yg sangat menggilai page rank. hahaha..

    lps ni, klau nak tarik ramai visitor, kenalah buat mcm mereka ni. hehehe..

  4. Anonymous // Tuesday, October 28, 2008 11:49:00 AM  

    aku akan pastikan aku x terlibat dengan mawi ni. sejak dia putus tunang ngan ina, terus aku boikot mamat gondol ni. si ikin tu plak yang aku sakit hati,nak kacip ngan mawi baru la terhegeh2 nak pakai tudung. ahhh..bla la lu ikin..kening bercukur gak..

  5. PakciQue // Tuesday, October 28, 2008 2:37:00 PM  

    roshaizul: ahakz..ni bukan soal tv free atau tidak..ni soal apa program yg tv3 nak masukkan untuk mengatasi atau sekurg2 nya memecahkan rating astro..

    and..aku tak tau plak camne rating tu dikire...

    kaki tv: yup..tu yg aku perasan bagi penduduk2 disebelah utara...saluran negara thailan lebih terang dari rtm kalo guna ariel biasa..

    azizwan™: ahakz..perumpamaan yg sgt sesuai..tiba2 plak mcm terkena btg hidung aku..

    zairi: memang tak ramai org suka dia..ari tu aku ternmpk dia g bazar ramadhan..aku tegur dia..dia senyum..memang terpegun..tp kecantikan yg bukan ori..mekap tebal gila..tak tau lah kalo baru lepas habis shooting..tp tu mekap tebal mcm nak buat photoshoot je..

  6. alien // Wednesday, October 29, 2008 3:25:00 AM  

    tv3 akan membuat konsert amal memerangi kemiskinan secara besar-besaran...
    membariskan band dan penyanyi terkini..muahahaha
    tv7 menayangkan rancangn movie yg box opis panas dari pawagam..
    tv8 menyiarkan movie latest dari negeri omputih..
    tv9 memaparkan kisah peserta akademi nasyid..

    media prima ade 4 saluran..muahahaha

  7. PakciQue // Thursday, October 30, 2008 10:30:00 AM  

    alien: Wah..ni betul perang habis-habisan ni..

  8. Anonymous // Thursday, October 30, 2008 9:16:00 PM  

    yup.best jgk topik ni.tp mmg ptut la astro yg siarkn kawin mawi ni sbb mawi muncul pun sbb astro..sbb af..mgkin dato farid tgh otox duk pk ape nk buat 4 mlm berturut-turut nnt..yehhaa..

    jgn lupe singgah blog aku..!