Jawatan Kosong - Diperlukan Segera!

Dicatat oleh PakciQue | 10/28/2008 01:04:00 PM | , | 3 Komen »

Ops! Bukan aku menawarkan sebarang kerja kosong untuk kau. Dan kalau kau tersesat ke blog aku dengan carian Jawatan Kosong atau Kerja Kosong. Aku minta maaf banyak-banyak.

Sebenarnya aku yang mahukan kerja kosong. Kalau kau ada info pasal kerja kosong. Harap dapat bagitahu aku secepat mungkin. Ok.

*penggunaan jobsreet seakan-akan tidak membantu. Penawaran yang terhad terhadap permintaan yang tinggi. Kau kena bersaing.

Hahaha. Sebenarnya aku sedang membuat kajian terhadap carian di google dengan kata kunci yang berkaitan pencarian kerja kosong bagi para penganggur atau mencari kerja baru yang lebih baik.

Idea ni aku dapat semasa aku pergi berkunjung ke rumah terbuka. Mereka yang memberikan idea ini. Aku sekadar merealisasikan idea mereka.

Tapi, berdasarkan firasat awal aku. Kata kunci jawatan kosong atau kerja kosong adalah kata kunci yang dicari dengan banyak. Namun, ia tetap bukan kata kunci yang unik. Entah, kat muka surat berapa lah aku punya blog ni duduk dengan hasil carian tersebut.


3 Komen

  1. Anonymous // Tuesday, October 28, 2008 2:36:00 PM  

    thn dpn aku la yg akan jadi penyumbang utama kpd keyword jawatan kosong ni..
    life aku sbg student bakal berakhir..

  2. Anonymous // Tuesday, October 28, 2008 4:07:00 PM  

    aku juga memerlukan kerja. ahakz!

    benar, jobstreet seakan tidak bermakna utk aku.. jawatan yg ditawarkan begitu terhad dan lebih tertumpu kpd mereka yg berpendidikan tinggi dan memiliki pengalaman kerja. huhu..

    SPA pula seakan tdk adil krn pemohon jawatan yg berusia muda seakan tdk mendapat tempat. dah 2 kali aku dtg temu duga (umur 19 thn skali, 20thn skali) dan sah melepasi kreteria yg ditetapkan tp masih juga dikatakan gagal. hampeh!

    skrang ni, kerja ngadap laptop jer la.. kalau ada rezeki InsyaAllah tahun dpn nak masuk OUM tuk smbung study. tp blur plak nak ambil kos apa. ahakz!

    p/s: aku try tanya kt pkcik google dgn keyword kerja kosong, sampai page 10 aku cari site kau tp aku x jumpa. ahakz! (sekadar suka2)

  3. PakciQue // Thursday, October 30, 2008 10:29:00 AM  

    bd fabregas: Haha..Penyumbang terbesar..

    Azizwan™: Chez..betul2 buat carian..sebenarnya "jawatan kosong" memang tak unik.