Lelaki Ingin Berkahwin Dengan Karektor Anime

Dicatat oleh PakciQue | 10/31/2008 05:09:00 PM | , | 8 Komen »

Dunia semakin pelik!

Dengan masalah sosial yang semakin meningkat. Perkahwinan sesama jantina pun hanya beberapa negara sahaja yang membenarkan. Ni pula nak berkahwin dengan sesuatu yang berbentuk fiksyen? Hilang akal ke apa?
Seorang lelaki di Jepun, Taichi Takashita telah melancarkan petisyen online bagi mendapatkan hak untuk berkahwin dengan karektor komik [manga]. Petisyen ini akan diserahkan kepada kerajaan untuk disahkan perundangannya selepas mendapat 1 juta sokongan. Sehingga kini, telah lebih 1 ribu telah menyatakan sokongan dalam masa seminggu.

Dengan alasan sudah bosan dengan dunia 3 dimenasi, beliau berpendapat berkahwin dengan watak-watak 2 dimensi ini lebih mudah dan memberi motivasi.

"Memang mustahil untuk berkahwin dengan watak komik. Tapi, sekurang-kurangnya perkahwinan itu dapat didaftarkan dan disahkan."
Aduhai!

Nota: Di Jepun, perkahwinan sesama manusia antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan. Perkahwinan sesama jantina dan haiwan tidak dibenarkan.

p/s: Tapi kan. Kalau undang-undang ni diluluskan. Kau nak kahwin dengan siapa?

[Pautan][Pautan]

8 Komen

  1. Anonymous // Friday, October 31, 2008 5:49:00 PM  

    apa ke jadahnya nak kawen ngan watak anime. watak2 ni bknnya bernyawa pun dan ianya langsung tdk memberi apa2 mkna.. ahakz!

    tak tau la plak klau watak2 tu memang hidup. huhu..

  2. Anonymous // Friday, October 31, 2008 8:04:00 PM  

    hmm menarik jgk ye...

  3. Anonymous // Saturday, November 01, 2008 9:00:00 AM  

    orang jepun ni memang terlebih idea dah..kawen ngan katun pun jadik..ape 'rasa' pun x tau cemana nak imagine.harharhar..memang buduh..

  4. Anonymous // Saturday, November 01, 2008 5:29:00 PM  

    die kawin dgn karaktor ape eh?

  5. Anonymous // Sunday, November 02, 2008 4:47:00 PM  

    Dia obses ngan anime tu kot. Kalau tak pun, dia dah bosan ngan manusia, so nak try yang baru,...

  6. Anonymous // Monday, November 03, 2008 2:06:00 PM  

    hm..menarik sangat-sangat..manusia ni semakin pandai semakin nak buat perkara yang luar biase..luar biase yang nak dirase,dicuba & ape-ape la lagi..ade ke nak kawen ngan watak animasi...lagi satu aku rase kalu kawen same jantina ape yang nikmatnye.sakit lagi ade kot.maybe dorang kawen sebab saling memahami perasaan dorang agaknye...tapi kalau di beri pilihan aku nak kawen dengan pakcique...pakcik nak tak...?kah..kah..kah...

  7. PakciQue // Monday, November 03, 2008 5:37:00 PM  

    azizwan: watak-watak tu memang watak2 yg tak hidup..

    kento: orang jepun memang pelik2..tp kreativiti mereka tak boleh nak disangkal..

    zairi: mereka kira berkahwin dengan khayalan sje. Hm, memang tak 'rasa' lah..

    spatt: takde plak dia ckp..kalo ko..nak kawen dengan anime mne?

    anime: memang di beritahu yg dia dah sgt bosan..mungkin dah byk awek dia ngorat..tp sume kne reject

    ninie: ish..mau kang ade orang yang mengamuk pula..

    :

  8. Anonymous // Tuesday, November 04, 2008 1:37:00 AM  

    azizwan: watak-watak tu memang watak2 yg tak hidup..

    -----

    aku rasa la kan.. mamat ni mesti ada masalah mental yg sangat serius. dan penyokong petisyen beliau juga 2x5 dgn beliau. ahakz!

    World Of Mohd. Azizwan