Mengenal Peribadi Melalui... Haram Tak?

Dicatat oleh PakciQue | 10/30/2008 09:13:00 AM | , | 3 Komen »

Aku kadang-kadang sebelum tidur, aku akan fikirkan apa yang aku nak update dalam blog aku esok. Kadang-kadang aku dapat idea yang best. Selalunya lebih dari satu. Dah sampai tak tau nak buat entri yang mana satu dulu. Tapi, esok je. Terus lupa apa yang aku nak update.

Untuk entri kali ni. Aku nak ucapkan terima kasih kepada Azizwan atau mudah dipanggil Wan sebab mengingatkan kembali idea entri ini secara tak sengaja. Dan tahniah juga atas web/blog terbaru menggunakan hosting dan domain sendiri. Aih! Aku pula bila agaknya.

Ok. Semua orang patut tahu dan sedia maklum bahawa membaca horoskop adalah haram walaupun dengan niat suka-suka. Apatah lagi kalau kau memang gila kat horoskop tu. Dan aku pun mula perasan yang banyak majalah-majalah yang berbahasa melayu dah takde lagi ruangan horoskop. Baguslah.

Ok. Tapi tu mengenai horoskop. Bagaimana pula dengan "Mengenal Peribadi Melalui Bulan Kelahiran", atau "Mengenal Peribadi Melalui Bentuk Tulisan", "Mengenal Peribadi Melalui Rambut", dan sebagainya.

Aku tak tahu ada fatwa yang mengatakan haram atau harus. Betulkan aku kalau aku salah. Ini adalah berdasarkan pendapat dan pemahaman aku semata-mata.

Apa yang membezakan antara horoskop dan 'mengenal peribadi'? Satu adalah ramalan dan satu lagi adalah kajian + motivasi.

Ok. Aku bagi contoh. Katakan ada satu artikel tentang "Mengenal Peribadi Melalui Bulan Kelahiran" dan kerana kau lahir bulan 9, kau baca semua ciri-ciri yang dinyatakan bagi mereka yang lahir pada bulan 9 seperti seorang yang bijak, pemurah, takut kepada kepayahan, tiada pendirian, mudah berkawan, peramah, dan sebagainya.

Jika kau memang sedia lahir seorang yang bijak dan ciri itu menyatakan kau bijak. Sudah tentu kau akan rasa suka dan ia adalah motivasi kepada kau untuk terus berjaya, contohnya dalam peperiksaan. Kalau kau gagal, tentu kau akan rasa malu bila ada yang kata, "Aik, dalam artikel ni cakap kau bijak. Tapi, apa pasal kau gagal?"

Jika kau memang seorang yang kedekut. Sudah tentu kau akan rasa malu dengan diri sendiri. "Ish! Aku ni kedekut. Tapi, orang ingat aku ni pemurah pula." Dan secara tidak langsung, kau mengubah perangai buruk itu kepada yang lebih positif.

Jika kau seorang yang tegas. Tapi dalam artikel kata kau seorang yang tiada pendirian. Tentu sahaja kau akan menafikan artikel itu. Tapi, hanya setakat ciri itu saja lah kan? "Eh. Aku ni tegas. Kenapa pula cakap aku tiada pendirian." Dan kau akan tetap kekal dengan sikap ketegasan kau itu.

Jika kau memang seorang yang takut kepada kepayahan dan artikel itu mengiyakan lagi ciri-ciri yang kau ada. Tentu sahaja kau akan rasa malu kalau ada orang yang tahu, kau seorang yang tidak berani menghadapi kesusahan. "Aku ni dah lah takut gagal. Mesti orang tahu punya. Ah! Aku nak berubah."

'Mengenal Peribadi' ni adalah sebuah kajian yang dijalankan bertahun-tahun. Respondannya bukan setakat seorang dua. Bukan juga setakat 100-200. Tapi, beribu-ribu. Setiap manusia itu unik. Jadi, tak semua ciri yang dinyatakan akan kena pada diri kau. tapi, secara tidak langsung ia adalah sebuah motivasi yang membina.

Oh. Lupa. Dato' Dr. Fadhilah Kamsah juga menggunakan kajian ini sebagai satu dari kaedah beliau memberikan motivasinya.

Dan cuba kau bayangkan pula kalau ia berkaitan dengan bentuk tulisan? Kerana ciri-ciri yang tidak elok dari sebuah tulisan yang buruk, maka seseorang itu mengubah bentuk tulisannya kepada yang lebih cantik. Dan seseorang yang berperangai buruk, memiliki tulisan yang cantik, pasti akan mengubah perangainya kepada yang lebih baik bila mengetahui akan ciri-ciri yang ada pada pemilik tulisan yang cantik.

Ok. Itu pendapat aku. Apa pula pendapat kau?

Terbaru: Senaman YOGA mungkin akan difatwakan sebagai haram. Rujuk SINI.

3 Komen

  1. Anonymous // Thursday, October 30, 2008 10:14:00 AM  

    aku suke topik ko ni...tp bile aku fikir yg dilahir kan bulan 9 ni bersistematik ,pandai ,bersopan dan macam-macam la yang baik tentang diri dia tapi nape masih buat sesuatu yang tak baik..pelik kan.lu fikir la sendiri...
    kenape boleh timbul pasal yoga pulak...buat la entri yang lain pulak..

  2. Anonymous // Thursday, October 30, 2008 10:49:00 AM  

    Ingatkan aku yg akan jd pengomen pertama, rupanya dah ada yg lebih dulu. huhu.. entri ini mengingatkan aku kpd madam zorra yg selalu berikan pendapat beliau terhadap tulisan, t'tangan dll pelajar AF kat majalah aksi itu..

    bg wan, rasanya benda ni sama juga seperti ramalan horoskop itu tp yg ni wan x berani nk ckp yg ianya haram @ tdk krn tiada fatwa yg mengatakannya haram seperti yg pakcique katakan diatas.

    jika difikirkan balik, sikap dan keperibadian seseorang itu tdk boleh kau lihat dan diukur hanya pd tulisan, bentuk muka dll krn ianya boleh berubah.. jika kau kata tulisan mcm ni orgnya mcm ni, tulisan mcm tu orgnya mcm tu, ianya sama juga seperti kau membuat ramalan kau terhadap org itu. huhu..

    ermmm.. fasal Dato' Dr. Fadhilah Kamsah tu, sebenarnya motivasi ni hanya mainan kata-kata dan psikologi semata-mata. jika kau hebat berkata-kata dan pandai bermain dgn emosi, kau pun boleh jd ahli motivator asalkan ilmu dah penuh di dada tentang bidang motivasi kau. ahakz!

    komen di atas sekadar pandangan peribadi sahaja. jika ianya salah, wan minta maaf byk2..

    p/s: tq sbb sudi ajak follower bro utk bertandang ke blog wan dan tq juga utk wishes tu. ahakz!

  3. jacaranda // Thursday, May 07, 2009 4:21:00 PM  

    setuju dgn kamu..semua ilmu, info atau pape je, samaada baik atau buruk, kita kenelah pandai menilainya sendiri. yang baik kita teruskan yang tak baik ubah atau hindarkan.. senang je =)