Sedang aku rehat-rehat di rumah, mata aku terpandang pada satu katalog di atas sofa. Aku perhatikan. Oh! Katalog IKEA. Aku capai dan aku belek-belek. Dalamnya ada pelbagai rekaan perabot dan kelengkapan rumah yang sangat cantik dan menarik. [IKEA tidak bayar aku untuk review ini ok!]
Tiba-tiba mata aku terpandang kepada beberapa fakta yang menarik dan ingin aku kongsi bersama dengan kau semua.
- Dapur
- Kerusi
- Lengkapan memasak/kuali/periuk
- Lengkapan memasak/kuali/periuk
- Gelas/Pinggan/Set Kutlari
- Bekas Menyimpan Makanan
- Dapur
- Penyimpanan Barang Dapur
- Sofa
- Ruang Tamu
- Ruang Kerja Di Rumah
- Bilik Tidur
- Almari Baju
- Permainan
- Hadiah
52% rakyat Malaysia berpendapat dapur adalah tempat paling sesuai melepak dan berborak ketika berada di rumah.[Aku setuju. Dan orang-orang kampung pun kalau datang ke rumah jiran, suka masuk ikut dapur kan?]
28% rakyat Malaysia 'memaksa' tetamu mereka berdiri ketika datang berziarah ke ruamh mereka.[Pun aku setuju. Bila buat rumah terbuka, memang akan ada tetamu yang terpaksa makan berdiri.]
40% rakyat Malaysia gemar memasak.[Aku setuju. Dan aku tergolong dalam golongan ini. Maksud aku, golongan 60%]
20% rakyat Malaysia mengatakan bahawa hari minggu yang baik adalah dengan memasak resepi eksotik di rumah[Aku pula. Hari minggu yang terbaik adalah dengan tidur]
53% rakyat Malaysia akan menyusun kerusi dan menghias meja makan bila mereka ada menjemput tetamu datang makan.[Alahai. Nanti lepas makan, mesti sepah juga. Tapi, aku tetap setuju]
15% rakyat Malaysia gemar dan selalu masak mee segera.[Aku gemar juga. Tapi, tidak selalu]
Lebih 63% ibubapa di Malaysia mahu memanfaatkan masa di rumah untuk anak-anak.['Mahu' ok. Bukan 'telah'. Faham kan betul-betul. Tapi baguslah kalau dah ada niat.]
5% rakyat Malaysia telah kehilangan pisau mereka di dapur.[Siapa curi? Selalunya disebabkan oleh tersalah letak. Bila nak guna, masa tu lah tak jumpa. Angin betul!]
28% rakyat Malaysia mengatakan yang mereka gemar menukar sofa.[Sangat betul. Dan sangat releven. Lagi-lagi di musim perayaan]
57% rakyat Malaysia memberitahu bahawa malam yang ideal adalah dengan menonton filem yang hebat.[Kalau menonton midnight dikira tak?]
57% rakyat Malaysia mahukan segalanya dalam keadaan kemas bila ingin bekerja di rumah.[Kalau ruang kerja di pejabat semak. Sama dengan je bila di rumah.]
50% rakyat Malaysia berasa selesa bila di bilik tidur.[Apa cerita lagi 50%? Adakah sebab bujang? Maka tak selesa?
84% rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pakaian di rumah.[Yang ni pun aku sangat setuju. Orang perempuan ni suk abeli baju bukan ikut keperluan. Eh! Ada dinyatakan ke?]
21% rakyat Malaysia membawa pulang permainan untuk anak-anaknya.[Aku takde anak. Tapi, kalau aku ada. Aku takkan manjakan dengan mainan. Aku rasa ramai juga yang macam aku. Sebab tu cuma 21% je.]
11% rakyat Malaysia gemar memberi hadiah.[Lagi 89% suka terima hadiah saja. Taik hidung masin!]
Menarik kan fakta yang diberikan. Dan kesemua fakta-fakta yang IKEA berikan ni, ada berkaitan dengan barang yang mereka jual. Menarik sekali.
heh..thx for the visit..
entry ni menarikk...hidup ikea!
najla: Hahaha...kipas-keras-mati IKEA ke..?