Pra-Pertunjukan Magik

Dicatat oleh PakciQue | 11/10/2008 07:46:00 PM | , | 0 Komen »

KLIK SINI kalau takut tak faham
Magik bukan mengenai rahsia. Tapi magik adalah seni. -aku yang cakap.
Aku membuat lebih kurang 8 trik pada pagi tersebut. Bilangan trik yang agak banyak pada sesuatu masa secara berterusan.

Aku mempersembahkan 5 trik kad, 2 mentalism [membaca fikiran] dan 1 trik menggunakan arnab span.

5 trik kad tersebut adalah hasil susunan rutin persembahan yang aku cipta sendiri hasil dari beberapa trik yang aku sudah belajar. Triknya adalah ringkas atau dengan kata mudah, kalau kau nak belajar magik, inilah magik yang pertama yang kau akan belajar. Mudah tapi memberikan kesan yang kuat.

2 trik membaca fikiran juga sangat menarik. Lelaki yang aku cuba membaca mindanya sempat bermain-main kening dengan aku. Aku hampir ketawa tapi aku tahan juga. Dan kerana persembahan ini, ada seorang mengeluarkan ayat, "Freaky".

1 trik terakhir pula adalah sebuah trik yang sangat aku gemari. Tapi, kerana agak lama tidak berlatih, hampir-hampir juga tidak menjadi. Aku terpaksa membuat banyak missdirection atau mengalihpandangan sebab kegugupan yang agak melampau.

Secara keseluruhannya, aku sangat puas hati. Aku betul-betul rasa seronok. Cerita James Bond 'Quantum of Solace' pun tak seseronok aku membuat magik.

Harapnya dengan peluang ini, aku akan lebih serius dalam bidang magik. Mudah mudahan.

p/s: Maaf, tiada gambar untuk dikongsi.

0 Komen