Goda 8TV #07

Dicatat oleh PakciQue | 9/26/2008 07:13:00 AM | , , | 7 Komen »

Oh. Mingu yang penuh dengan gelak ketawa dan kekecewaan.

Ops. Ni bukan cerita aku. Tapi cerita Sanya dan Burhan. Yap. Minggu ni, cerita lebih terfokus pada cerita mereka berdua. Tiada cerita tentang Adela. Tiada cerita tentang mereka yang lain yang ada masalah. Aku rasa minggu depan pun mungkin takde dah kot.

Bagi yang tak sempat nak menonton dan ingin menonton secara online tapi tak larat nak tunggu buffering dari 8TV, bolehlah memuatturun drama GODA DI SINI.

Macam selalu-selalu. Sama seperti minggu sebelum-sebelumnya, aku pecahkan ulasan dan review aku kepada watak dan penceritaan. Dan sebelum terlupa, tajuk minggu ni Aku Masih Di Sini.

Bad things happen. That life. Bila benda tu jadi, satu yang you mesti ingat, jatuh tak bermakna gagal. Tapi you gagal bila you tak bangun balik. Kuatkan semangat. Apa saja yang you nak luahkan, I boleh dengar. Tapi I tak boleh buat you bangun kalau you sendiri tak nak. Hope to here from you soon. -M

Sanya & Harian Kota

Cerita dimulakan dengan Sanya mendapat mimpi. Seolah-olah [bekas] teman lelakinya, Zul mendapatkan khidmat nasihat M. Dah macam cerita seram pula.

Ha. Minggu lepas, kamera jurukamera Sanya rosak. Tak tau apa masalah. Tapi, segala gambar ketika membuat liputan majlis perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita tidak ada. Dan ini telah menimbulkan kemarahan kepada En Zainal. Takdelah teruk kena marah. Tapi, memang frust betul En. Zainal tu.

Yang tak tahan, siap En Zainal ugut nak blacklist nama Sanya di semua media percetakan yang ada di Malaysia dan Singapura termasuk Kepulauan Batam. Sebenarnya agak familiar dialog yang diucapkan oleh Radhi Khalid ni. Ia adalah hampir sama dengan dialog Phua Chu Kang.

Dan, Sanya perlu memikirkan satu cerita sensasi yang akan menggantikan ruangan yang sepatutnya diisi dengan cerita Perkahwinan Tengku Tamrin dan Masnita.

Apa yang Sanya buat? Dia buat artikel untuk membongkarkan rahsia identiti M. Wah. Sudah agak melampau minah ni. Dan, En. Zainal telah menambah 'garam' dengan menawarkan wang tunai RM15,000 kepada yang berjaya membongkar identiti M.

Eh! Kenapa nama Musly Ramlee ade dalam cerita pasal M?

Dan bermula episod lucu bila ramai yang mengaku dirinya M, abang M, kekasih M, isteri dan anak M, jiran M, anak murid M. Memang kelakar lah. Kalau aku, aku akan cakap M tu teman sepermainan aku. Kecik-kecik dulu kitorang main guli sama-sama. Kalau kau, nak M ada pertalian apa dengan kau?

Dan kerana Sanya, M tidak bertugas di Konti Hangat FM. [Kalau dalam cerita FARA, mereka spoof Hot FM dengan Panas FM]. Betul-betul memberikan tekanan pada M.

Dan ketika Sanya menerima panggilan telefon dari Burhan, datang pula si Zul. Apa motif mamat ni? Apa kaitan percintaan mereka dalam penceritaan ini?

Burhan, Rina & M

Nampaknya Burhan betul-betul frust tertonggeng. Terlingkup. Hidup yang semakin tidak terurus. Dan Burhan seperti ingin terjun dari apartmen. Dan M nampaknya betul-betul nak sangat membantu Burhan. Bukan setakat bertanyakan kenapa tak balas emelnya. Bahkan memberikan nombor telefon kepada Burhan.

Sebelumnya, Adela menceritakan bagaimana dia boleh berkenalan dengan Adam dan kenapa dia begitu tertarik dengan Adam. Sehinggakan tragedi Highland Towers yang semakin dilupakan tu, tiba-tiba menjadi sebahagian dari kisah hidup Adela dan Adam. Dan kau perasan tak, cara Adela memain-mainkan cincin pada jarinya sama ketika dia memain-mainkan jarinya yang tiada cincin pada episod 2. Hm...

Dan, nampaknya kali ni bukan M yang berjaya membuka hati dan mengubat luka Burhan. Tetapi Rina. Ingat lagi tak si budak comel ni?

Rina tahu, Uncle tak happy. -Rina
Rina kalau tak happy, Rina buat apa? -Burhan
Hm, Rina pergi taman atau makan makanan yang buat Rina happy. Tapi, yang penting Rina akan fikirkan tentang orang yang sayang kat Rina. -Rina
Macam Uncle? -Burhan
Mestilah. Bukan Uncle saja, kalau Rina sedih. Samalah dengan Rina, Rina tak suka Uncle sedih. Rina sayang Uncle. Kita kena selalu happy, barulah datang benda yang baik. -Rina
Ahha... -Burhan
Setiap orang yang hidup dalam dunia ni, tentu ada sebabnya. Macam Rina. Rina buat mama happy. Tapi, kadang-kadang Rina buat mama marah juga lah. -Rina
Mana Rina belajar semua ni? -Burhan
Rina belajar kat TV. -Rina
Lihat, betapa TV sebenarnya memberi pengaruh kepada kanak-kanak. Kalau positif yang ditonton mereka, maka positif lah yang mereka ceduk. Kalau sebaliknya, Lu fikir lah sendiri.

Dan apa motif Burhan menelefon Sanya untuk membantu dia mendedahkan identiti M?

Kata orang, hidup ni ibarat roda. sekejap kita di atas. Sekejap di bawah. Masa di bawah, kita rasa macam langit dah nak runtuh. Tapi sebenarnya, esok, lusa, minggu depan, semuanya boleh berubah. -M
Ulasan

Episod yang semakin mendebarkan. Aku tak sabar nak tunggu minggu depan. Agak-agak ada musim kedua tak?

Dan lakonan yang meyakinkan terutama dari si cilik tu [Rina]. Dia siapa eh? Dialog dia tidak seperti menghafal skrip dan tidak kaku. Tidak seperti pelakon kanak-kanak yang sebaya beliau.

Adela suka Adam sebab patung beruang koyak? Ya, nasihat dari aku. Wanita suka lelaki yang ada menyimpan patung beruang. Pada mereka, anda seorang yang berjiwa lembut [tolong bezakan dengan lelaki lembut]. Tapi, bagi lelaki, anda tidak cool kalau ada menyimpan patung beruang.

Dan reaksi dan mimik muka Sazzy ketika menemuramah mereka yang berkaitan dengan M sangat sweet. Comel lah. Dan aku suka dengan Aunty yang mengaku sebagai Jiran M dan wanita yang mengaku sebagai isteri yang ditinggal M. Siap bawa anak lagi. Tapi, apa pasal warna lain? Hahaha.

p/s: Berapa banyak 'Dan' da...!

7 Komen

  1. Azwani Shaari // Saturday, September 27, 2008 3:54:00 AM  

    M tu dulu anak murid saya.. tak sangka lak dia nak terlibat dlm bidang penyiaran.. Kat skolah dulu dah laa comot giller, mls belajar lak tu, nakal ya rabbi.. isk..iskkk tak sangka betul, jd manusia juga akhirnya..hehehe

    boleh gitu?

    neway slmt hari raya aidilfitri, MZB

  2. kayroll // Sunday, September 28, 2008 12:50:00 AM  

    episod kali ni adeela xbyk kuar la..kcwa aku haha..rilek Burhan,bleh msuk lg 2, dieorg xkawin lg..mggu dpn mcm last episod je..

  3. Anonymous // Wednesday, October 01, 2008 1:38:00 PM  

    minggu depan baru last epi. minggu ni raya takde show

  4. Anonymous // Monday, October 06, 2008 3:28:00 AM  

    hrp2 la ade 2nd season.. aku rasa ni 2nd time yg aku ternanti2 nak tengok drama bersiri melayu pas cite sindarela..

  5. Anonymous // Monday, October 06, 2008 11:20:00 AM  

    perempuan bukan suka lelaki yg ada teddy bear koyak. yang adela suka adam tu sebab dia berani stand up for what he likes and believes in.

    budak2 kecik kan selalu takut diejek. peer pressure akan buat diorg lepaskan ape yg disukai mereka. ni adam tak sama dgn budak lain. sbab tu adela rasa adam special.

  6. PakciQue // Monday, October 06, 2008 5:09:00 PM  

    Azwani Shaari: Kiranya dia dapat nick M sebab dia suka ko ajar dia menyebut huruf M la eh...mmmmmm

    kayroll: Sepatutnya last episod..tp byk sgt prog raya..jadi ditunda..aku pun hampir kesedihan bila tak dapat tengok sebab semua org nak melayan drama raya..nasib baik ditunda...

    Anonymous: Yup..ditunda sebab raya..

    bd fabregas: Aku pun berharap ada season 2...tapi dengan syarat..identiti M tidak didedahkan..kalo tak...nak buat cerita yang mcm mane pulak?

    perempuan: nice point..& nice to meet you...

    p/s: mane miss behind GODA ni..?

  7. Anonymous // Wednesday, October 08, 2008 11:36:00 AM  

    identiti M terbongkar pun masih patut ada season2! ni baru mencabar. nak tengok production blh membawa sesuatu yg baru/kreatif dlm season2 tak. mungkin ada suspen? :)

    yg penting ni season 1 kena rating meletup ( atau sale shampoo kena meletup?) baru ada season 2. tak sabar2 menantikan last episod esok!!