Semalam aku dapat mesej dalam shoutbox dari CM yang dia dah tag aku. Jadi, sementelaah aku takde idea nak borak apa dalam blog ni, aku pun jawablah soalan yang dia berikan.
1. The age you’ll be on your next birthday:
Dan, seperti selalu, aku nak juga tag kawan-kawan yang lain. Semenjak aku dah ada banyak kawan blog ni, jadi takde masalah sangat aku nak tag mereka. Jadi, lima yang bertuah adalah:-
BD Fabregas
Lain-Lain Bacaan (Disarankan)
Baca Blog Terbalik - ʞılɐqɹǝʇ ƃolq ɐɔɐq - Web untuk menterbalikkan apa yang kau tulis
Catatan Hujung Minggu #04 - Catatan majlis berbuka puasa
Entri Ke-100 #02 - Catatan khas sempena entri ke-100
1. The age you’ll be on your next birthday:
Aku baru je menyambut harijadi aku yang ke-25 bulan lepas. Jadi, harijadi aku yang berikutnya, aku akan berumur 26 tahun. Tapi, lama lagi lah.2. Place you want to travel to:
Aku dah lama teringin nak pergi Gold Coast. Jadi, aku berangan nanti nak berbulan madu di sana.3. Your favorite place:
Aku ni jenis kaki wayang. Kalau takde kawan, aku boleh layan je sorang-sorang. Jadi, tempat kegemaran aku adalah panggung wayang. Cuma, bila dok kat Shah Alam ni, leceh sikit nak bergerak.4. Your favorite food:
Aku takde makanan kegemaran yang spesifik. Tapi, aku makan apa saja yang berkaitan dengan Kue Tiaw. Tak kira lah goreng ke, buat tomyam ke, bandung ke, kungfu ke, hailam ke... Hm, meleleh bila taip nama makanan ni. Tapi, kalau sup, aku lebih suka bihun. Bihun sup.5. Your favorite pet:
Aku sensitif dengan haiwan berbulu ni. Tapi, aku suka mereka. Cuma nanti, aku akan mengalami bersin yang agak teruk. Adik aku ade bela satu tupai kecil. Aku tak ingat apa jenisnya. Tapi, mama panggil anak dia "Ngek-Ngek" sebab bila tupai tu ketakutan, ia akan mengeluarkan bunyi seakan bunyi Ngek-ngek. Nyaring bunyinya.6. Favorite color combination:
Aku ni sebenarnya buta warna. Jadi, kombinasi merah hijau adalah kombinasi yang aku tak suka. Tak kerana aku minat warna merah, maka aku tak suka warna hijau walaupun hijau tu mendamaikan. Aku lebih suka biru. Lebih tenang. Jadi, kombinasi kegemaran aku adalah merah dan biru. Hakikatnya aku suka juga warna oren, ungu, kuning, hitam, bla bla bla.7. Favorite piece of clothing:
Aku suka pakai kemeja-T leher bulat yang saiz S. Tapi, Fara tak suka. Sekarang ni, aku tengah membuat koleksi baju baru. Kemeja-T berkolar dengan corak garisan melintang. Aku kan kurus. jadi, corak jalur melintang dapat menyorokkan kekurusan aku tu sikit.8. Your all time favorite song:
Aku layan semua lagu yang menyatakan perasaan cinta pada sang gadis. Tapi, kalau kau suruh aku nyanyi, aku lebih senang nak nyanyi lagu "Mungkinkah Terjadi" nyanyian kumpulan Spider walaupun pitch aku bersepah. Sumbang mambang.9. Favorite TV show:
Kalau cerita dalam sebulan dua ni. Dah tentu jawapan aku GODA. Dan tiba-tiba baru aku perasan yang aku dah lama tak layan TV kecuali pada Khamis malam pukul 9.30. Tapi, kalau dulu, aku suka sangat layan CSI dan The Apprentice.10. First name of your significant other/crush:
Ucuk11. Which town do you live in:
Aku asal JB. Tapi, sekarang menetap dan bekerja di Shah Alam. Seksyen 13.12. Your screen name/nickname:
PakciQue13. Your first job:
Ni lah kerja pertama aku. Sampai sekarang. Eksekutif Akaun & Kewangan.14. Your dream job:
Aku rasa aku jenis tak boleh makan gaji. Aku kena kerja sendiri. Aku nak jadi usahawan. Tak kiralah bisnes apa.15. One bad habit that you have:
Hidung aku memproses bahan kumbahan dengan aktif sekali. Jadi, jari aku ni terpaksa menjadi jengkaut untuk membersihkan saluran tersebut agar udara bersih dapat keluar dan masuk dengan mudah.16. Worst fear:
Aku pernah bagitahu 7 benda yang aku takut. Tapi, dalam ketujuh-tujuh tersebut. Aku paling takutkan objek tajam.17: Things you’d like to do before you die:
Kalau bercerita tentang amalan, ia perkara wajib. Tak boleh nak sangsi. Jadi, selain dari nak mempertingkatkan amal ibadat aku, aku nak pastikan aku dapat menghirup udara di Gold Coast. Huhuhu.18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
Ni USD 1Juta tau. Bukan RM 1Juta. Kalau ikut harga pasaran sekarang, mau dapat RM 3.5 Juta. Jadi, kalau aku dapat duit sebanyak tu. Aku nak gunakan sebagai modal awal untuk memulakan perniagaan aku sendiri. Mungkin aku boleh buat Indoor Theme Park kat JB macam yang ada kat Times Square. Kat JB, mana ada Theme Park. Fun Fair ada lah.19. Your husband/wife:
Sekarang ni aku bujang. Tapi dah bertunang. Jadi, bakal isteri aku bernama Siti Norfarazsuzilawati Binti Jumah. Jangan semput tau. Aku dah berlatih dah nanti masa nak lafaz. Takde hal. Insya-Allah, panjang jodoh kami. Berkat doa kawan-kawan.
Dan, seperti selalu, aku nak juga tag kawan-kawan yang lain. Semenjak aku dah ada banyak kawan blog ni, jadi takde masalah sangat aku nak tag mereka. Jadi, lima yang bertuah adalah:-
BD Fabregas
- Tukang upload Siri TVCikWaniOnline
- Seorang bakal CikguCikin
- Budak tak habis beraya lagiHendrastar
- TMNT Bahasa MelayuAdzie
- Budak baru nak SPM
Lain-Lain Bacaan (Disarankan)
Baca Blog Terbalik - ʞılɐqɹǝʇ ƃolq ɐɔɐq - Web untuk menterbalikkan apa yang kau tulis
Catatan Hujung Minggu #04 - Catatan majlis berbuka puasa
Entri Ke-100 #02 - Catatan khas sempena entri ke-100
tq la bro..
ni 1st time aku ditagged sbnrnye..
4 u pakcique..
buku biology ditinggalkn sbntar untuk mnjawab tag kamu..
salam PakciQue....haaaa cam ni laaa, memangggg spoting.kalo kena gayanya tag ni akan dihargai oleh kengkawan...xpecially kwn2 baru atau tak pernah kn tag lagi....sebab ni laaa satu2 cara kita appreciate kenalan2 baru...
keep up your good job....blogging sampaiii tua...heheheheh
ok pakcik, nnti aku jawab tag ni :D
bd fabregas ni plak tag aku yang ke dua..
Adzie: haha..tag pakcique lebih penting dari buku biologi..
cybernetics mind: yap..yap..betul..
Azwani Shaari: aku masih lagi menunggu..
huh cikin xbeh beraye ag
hahaha
bru dpt on9 neh
aku di jwab tag itu
seksyen 13 eh???
mesti slalu lepak rafi bistro
Tak juga..selalu lepak kat Singgahan Rasa..
Meh la..jom ada mase..lepak sama2..ajak mucuk awak sekali..