Fuyoo Magic di Astro Ria

Dicatat oleh PakciQue | 10/14/2008 09:12:00 AM | , , , | 0 Komen »

Semalam, lepas balik kerja, aku lepak-lepak kat kedai nak ngeteh kejap dengan geng-geng ofis aku. Nak dijadikan cerita, ternampaklah satu iklan kat Astro Ria akan sebuah program Fuyoo Magic Musim ke-2.

Kalau kita imbas kembali persembahan Shahril pada musim lepas, kita dapat lihat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Bukan sekadar kesilapan dari Shahril sendiri, tapi juga kesilapan dari pihak penerbitan.

Apa-apa pun, aku taknaklah meletakkan 100% kesalahan ke atas mereka memandangkan itu adalah pertama kali sebuah silap mata jalanan dipersembahkan dalam bentuk TV, dikomersialkan.

Jadi, aku berharap untuk musim kedua ni, pihak penerbitan Fuyoo Magic dapat memberikan sebuah persembahan dari sudut teknikal yang cantik dan Shahril sendiri mempersembahkan sebuah magik yang baru dan segar.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk menyaksikan Fuyoo Magic Musim Ke-2 (Series 2) di Astro Ria setiap Rabu jam 10.30 malam bersama ahli silap mata jalanan, Shahril.

p/s: ada sesiapa nak tolong uploadkan tak? Rumah aku takde astro. BD Fabregas? Hendrastar?



Lain-Lain Bacaan
Kembali - Telah lama menyepi, kini kembali semula
Tiada Siaran Ulangan - Kod etika seorang ahli magik
Biarlah Rahsia - Kod etika seorang ahli magik